APABILA sebut sahaja resipi percik, sudah terbayang-bayang keenakan masakannya.
Selalunya kita dengar tentang ayam percik, namun kali ini SinarPlus ingin berkongsi resipi menu ikan percik pula.
Jarang didengari kan? Tetapi enak sekali! Biasanya masakan ini menggunakan ikan kembung atau selar yang diperap terlebih dahulu dan dibakar di atas bara api.
Kuah percik yang bewarna kemerahan ini amat terkenal di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.
Istimewanya kuah percik ini daripada gabungan santan pekat bersama rempah ratus menghasilkan kuah yang pekat elok dan mampu menawan selera sesiapa sahaja.
Bahan-bahan;
Bahan ikan
- 5 ekor ikan kembung (dibasuh bersih dan dikelar)
- 2 batang serai (dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 1 ½ inci kunyit hidup (dihiris nipis)
- ¾ sudu besar garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain
Bahan kuah percik
- 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 2 ulas bawang putih
- ½ halia (dihiris nipis)
- Secubit belacan
- ½ sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Bahan lain
- 6 senduk santan segera
- 1 senduk air kosong
- 1½ sudu besar cili kisar *optional
- 1 hiris limau nipis
Cuba juga Kubis goreng telur versi ‘eat clean’ buat si diet
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Sumber: Afy AL Habibi