China terbangkan 600 dron untuk 'cipta semula' karya agung Van Gogh di udara, pecah rekod Guinness World Records!

Iklan
dron

KEUPAYAAN teknologi canggih seperti dron ketika ini agak advance dan mampu melakukan sesuatu kerja di luar kemampuan manusia.

Masakan tidak, jika dahulu dron hanya tertumpu kepada rakaman video dan gambar, namun kini fungsinya lebih meluas.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, teknologi itu berkeupayaan melukis dan mewarna mural gergasi di dinding bangunan sehingga menjadi viral dalam media sosial, namun kali ini lebih daripada itu.

Iklan

Dron telah dipertingkatkan lagi kemampuannya dengan mencipta karya agung secara langsung di udara.

Ya! Usaha tersebut dilakukan oleh sebuah syarikat produksi digital, EFYI Group bersama Universiti Tianjin China.

Iklan

Mereka merealisasikannya menggunakan 600 dron untuk pameran seni di udara.

Antaranya karya seni yang dipertontonkan adalah hasil sentuhan pelukis legenda dunia, Vincent Van Gogh.

Acara ulung yang dilakukan baru-baru ini berjaya merekodkan sejarah tersendiri dan meraih gelaran Guinness World Records.

Persembahan animasi terpanjang menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) itu direkodkan selama 26 minit 19 saat.

Apa yang best, simulasi dron yang ditetapkan secara kawalan jauh itu menceritakan mengenai kehidupan Van Gogh itu bersama karya-karya terkenal.

Antara karya yang berjaya dicipta semula di udara seperti berikut:

1. Wheat field with cypresses

2. Cypresses and two women

3. The Mulberry Tree in Autumn

4. The Starry Night

5. Starry Night Over the Rhone

6. Almond blossoms

7. Sunflowers

8. Bedroom in Arles

9. Self-portrait

Lapor guinnessworldrecords.com, model dron, Agile Bee II dengan berat 1.45 kilogram digunakan untuk menjayakan acara bersejarah tersebut.

Dron yang terbang serentak pada kelajuan 10 meter persaat itu mampu bertahan di udara hingga 38 minit.

Pengadil Guinness World Records, Maggie Luo menyifatkan animasi dron tersebut berjaya kerana melepasi syarat yang ditetapkan.

"Tinjauan rasmi dibuat, semakin banyak jumlah UAV digunakan, semakin besar ukuran corak formasinya.

"Justeru, semakin tinggi syarat ditetapkan untuk sistem kawalan sekali gus menguji trasmisi isyarat dan kemampuan anti-jamming," katanya.

Jika pembaca SinarPlus menonton video yang dikongsikan, memang unik persembahan dron yang menterjemahkan semula karya seni pelukis Belanda tersebut.

Apa yang membuatnya lebih istimewa, setiap animasi mempunyai jalan ceritanya sehingga membuatkan ramai terpesona.

Ibarat malam berkelipan dengan bintang-bintang, dron bercahaya menjadikan malam cukup indah.

Mungkin Malaysia pun boleh buat persembahan sama seperti itu pada malam tahun baharu nanti, percikan bunga api digantikan kelipan lampu dron.