TRAGIS! Dahulu wanita ini disayangi dan dicintai namun segalanya musnah angkara cemburu buta.
Malang bagi Uswatun Khasanah, 29, apabila kasih sayang yang dicurahkan buat kekasih hati berakhir dengan sebuah tragedi.
Uswatun yang merupakan usahawan kosmetik diibunuh kejam, tubuhnya diker@t-ker@t. Kepala dibuang di jambatan, tubuh disumbat ke dalam bagasi dibuang di tapak pelupusan sampah manakala kaki pula dibuang di dalam semak.
Lebih mengerikan, beliau 'dihapus' dengan kejam oleh teman lelaki sendiri! Malah kes ini sedang hangat diperkatakan di Kabupaten Ngawi, Jawa Timur, Indonesia.
Kali terakhir dilihat pada 17 Januari, Uswatun tidak dapat dihubungi tiga hari kemudian.
Berikut kronologinya yang menyayat hati:
1-Penduduk kampung dikenali sebagai Yusuf menemui beg merah berisi mayat seorang wanita tanpa kepala dan kaki dalam keadaan bogel dibungkus cadar.
2-Siasatan awal pihak berkuasa berjaya mengenal pasti identiti mangsa berdasarkan ciri fizikal, aksesori dan cap jari sebagai Uswatun yang berasal dari Keluarahan Bence, Kecamatan Garum, Kabupaten Blitar.
3-Selain memburu pelaku, polis juga mencari baki anggota badan iaitu kepala dan kaki.
4- Laporan autopsi mendapati kematian janda dua anak itu akibat asfiksia (sukar bernafas kerana kekurangan oksigen.
5-Selain mengalami kesukaran bernafas dan tubuhnya dipotong, terdapat bukti tindakan kekerasan berdasarkan kesan luka.
6-Siasatan polis mendapati pelakunya ialah Rochmat Tri Hartanto yang merupakan kekasih Uswatun.
7-Lelaki itu mengaku melakukan pembunuhan kejam itu kerana cemburu dan sakit hati kerana dicurangi.
8-Mendedahkan sebagai kekasih gelap' dan menjalin hubungan selama tiga tahun.
9-Apa yang menarik perhatian warganet, lelaki itu sempat menyanyikan dua bait lirik lagu Sephia dendangan Sheila On 7 dan disaksikan lebih 6,000 pengguna TikTok.
10-Hasil siasatan, Rochmat sanggup membunuh Uswatun kerana tidak dapat menerima tindakan wanita itu menyumpah seranah anak perempuannya dan menyerang rumah keluarganya. Malah Uswatun juga didakwa memaksa Rochmat menceraikan isterinya yang sah.
11-Nafsu amarah dan emosi mendorongnya menamatkan riwayat kekasih gelap itu sebuah hotel Isnin lalu selepas berlaku pertengkaran.
12-Rochmat mengaku membeli sebilah pisau buah di sebuah pasar mini dan menger@t tubuh wanita malang itu kepada tiga bahagian dalam masa lima jam.
13-Bahagian tubuh itu dimasukkan ke dalam beg bagasi berwarna merah berukuran 71 sentimeter dan dibuang di Ngawi.
14-Sementara itu, bahagian kepala ditemui di kawasan air terjun si Jurug Bang, Desa Slawe, Kecamatan Watulimo, Kabupaten Trenggalek.
15-Kedua belah kaki pula dibuang di Jalan Ponorogo-Magetan, Desa Sampung, Kecamatan Sampung, Kabupaten Ponorogo. Semuanya ditemukan selepas didedahkan oleh lelaki durjana itu.
Terjerat dengan perbuatannya sendiri, Rochmad kini menjadi suspek pembunuhan Uswatun dan berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup.