Cuaca panas yang melanda Malaysia kini, hati-hati empat golongan berisiko ini yang akan lebih terkesan

Iklan

SEJAK kebelakangan ini, cuaca memang sangat panas. Apabila bahang dapat dirasai seawal pukul 9 pagi, kita memang digalakkan minum lebih banyak air.

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini dalam satu kenyataan turut meramalkan bahawa fenomena cuaca panas dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021.

Iklan
Iklan

Rentetan itu, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang melalui entri Facebooknya, berkongsi masalah kekeringan air dalam badan yang boleh mencetuskan komplikasi yang teruk.

Antaranya seseorang boleh diserang strok haba.

Iklan

Tulisnya, strok haba atau heat stroke berlaku apabila berlaku peningkatan suhu badan mencecah hingga 41 darjah Celsius dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja.

Iklan

"Sebenarnya, ramai orang yang kurang tahu mengenai tanda-tanda strok haba.

Bagaimanapun, jika keadaan itu lebih parah, beritahu pakar itu, mereka akan berhadapan masalah denyutan nadi yang pantas, otot kejang selain kulit sangat kering dan kemerah-merahan.

Berikut antara kelompok yang berisiko tinggi diserang strok haba:

i) Mereka yang terlibat dengan aktiviti fizikal di luar seperti ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

ii) Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun.

iii) Orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas (mempunyai risiko 10 kali ganda).

iv) Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan tiroid.

Sementara itu, laman web kesihatan thediagnosa.com turut memperincikan tiga lagi kesan sampingan lain akibat masalah kekeringan air dalam badan.

Antara impaknya adalah seperti berikut:

1. Kegagalan buah pinggang.

Kurang air dalam badan boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Ia adalah disebabkan ketika air berkurangan dalam badan, darah akan disalurkan pada organ-organ yang penting seperti otak dan jantung. Organ seperti buah pinggang akan mengalami kekurangan bekalan darah dan menyebabkan kegagalan buah pinggang boleh berlaku.

2. Sawan.

Elektrolik atau garam seperti potassium dan sodium membantu dalam penghantaran maklumat di dalam badan. Muntah atau cirit-birit (akibat kekurangan air) boleh mengganggu elektrolit tersebut dan mendedahkan seseorang itu kepada serangan sawan.

3. Tekanan darah rendah.

Tekanan darah rendah yang disebabkan masalah dehidrasi adalah sesuatu yang berbahaya kerana bekalan darah ke organ akan semakin berkurangan dan boleh menyebabkan organ dalam badan gagal untuk berfungsi. Lebih parah, ia boleh berakhir dengan kematian pesakit.

Jadi, kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami dehidrasi yang teruk perlulah dirawat di jabatan kecemasan segera.

Ingat, pakai pakaian yang ringan dan kawal pergerakan semasa musim panas terutamanya di kawasan terbuka dan tidak berbumbung.

Jika perlu, gunakan topi dan manfaatkan payung bagi melindungi diri daripada cuaca panas kini.

Artikel berkaitan: Hanya 15 minit, badan boleh diserang strok haba. Waspada!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.