Nama Pak Nil disebut dalam khutbah Jumaat...

Iklan
Nama Pak Nil disebut dalam khutbah Jumaat...

"TIADA siapa menegur saya ketika itu, saya sendiri turut ghairah membawa kelainan sehinggalah satu masa tu saya disebut dalam khutbah Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Begitulah pendedahan eksklusif pengacara dikenali ramai, Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra dipanggil Pak Nil.

Iklan
Iklan

Dirinya dikecam ketika mengendalikan sebuah rancangan hiburan popular era 1990-an begitu mengharukan warganet ditambah dengan tangisannya ketika membutirkan setiap baris ayat.

Iklan

Tak semua juga yang tahu kisah di sebalik kejayaan personaliti serba boleh yang dapat memikat hati pelbagai lapisan masyarakat ini untuk menempa nama dalam industri seni sehingga ke tahap sekarang.

Hakikatnya bermacam liku terpaksa dilalui beliau menempuh industri sepanjang bergelar anak seni.

Iklan

Menurut Pak Nil lagi, setelah perkara itu berlaku, beliau dipanggil pengurusan TV mengatakan namanya mula jatuh sebab unsur negatif.

Kata Pak Nil, sejak perkara itu menjadikan dirinya lebih bersedia seandainya berlaku kontroversi.

Bercerita mengenai bagaimana permulaan menceburi bidang pengacaraan, SinarPlus cuba membongkar kisah di sebalik nama besar Pak Nil ini.

Berkelulusan bidang Ekonomi daripada Universiti Malaya pada tahun 1984 dan memulakan kerjaya di sebuah syarikat perkapalan, MISC.

Katanya yang juga pernah terlibat sebagai pelakon, pengarah, penyanyi serta penyampai radio, ia bermula dengan bidang pengacaraan.

Menurutnya, itu juga membuka peluang beliau menjadi penulis novel dan ruangan-ruangan dalam majalah.

Namun disebalik kejayaan demi kejayaan, ada 'harga' yang dirinya perlu lunaskan sebenarnya.

Baca juga Bantu masyarakat, TV Al-Hijrah beri kelainan menerusi Dengar

Namun kata Pak Nil lagi, jika dirinya terlampau mengikut kata hati ketika itu, mungkin tiada Aznil Haji Nawawi ketika ini.

Perjalanan kerjaya seni beliau kini telah memasuki tiga dekad. Hampir 36 tahun itu tempoh yang panjang.

"Apa lagi saya nak ya? Saya sudah memiliki sebuah program yang mempunyai rating tinggi, saya sudah melalui pusingan program di musim kegawatan ekonomi, kerjaya jatuh, tidak mempunyai pekerjaan 'back up', hampir 'lumpuh' ketika itu.

"Kemudian muncul program Akademi Fantasia yang menaikkan semula nama saya. Alhamdulillah dan saya belajar bahawa makan gaji secara tidak sepenuh masa tidak menjamin masa depan.

"Saya menjadi pengacara pertama negara apabila diminta menandatangani kontrak dengan stesen TV, saya minta kontrak jangka panjang. 10+10 tahun. Dan itu yang berlaku saya dengan Astro. Saya juga menjadi yang pertama diberi kontrak ekslusif bekerja dengan Astro sejak 2005,"ujarnya.

Pendek kata, keseluruhan isi cerita seorang figura bernama Aznil ini penuh dengan plot kehidupan yang berwarna-warni.

Sesungguhnya, kejayaan yang dikecapi sekarang bukan mudah seperti yang disangka oleh ramai pihak.

Semoga kecekalan dan bersemangat tinggi beliau dapat dicontohi anak muda sekarang dalam menempuh pelbagai liku dalam kehidupan.