SEBELUM ini negara kita memulakan proses suntikan vaksin Covid-19 menggunakan Pfizer-BioNTech dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan individu pertama menerima suntikan tersebut.
Kini orang ramai akan mendapat sejenis lagi vaksin yang dikenali Sinovac.
Katanya, hari ini negara kita menerima 100,000 vaksin Sinovac dan 83,070 dos Pfizer-BionTech.
Pada 22 Mac, Khairy mengatakan negara akan menerima lagi 124,020 dos Pfizer-BioNTech dan 100,000 dos dari Sinovac. Manakala pada 29 Mac, 125,190 dos Pfizer-BioNTech akan dihantar.
Menurut beliau, menjelang 29 Mac, jumlah dos Pfizer yang diterima oleh Malaysia akan menjadi 1,000,350 dos sekali gus melengkapkan pemberian dos vaksin untuk suku pertama tahun ini.
Tambahnya, beliau juga akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Sinovac di negara ini di hospital berkenaan.
Katanya juga, sebanyak 292.104 barisan hadapan dari kategori kesihatan dan bukan kesihatan telah divaksinasi pada 13 Mac.
Khairy mengatakan 23.86 peratus adalah jururawat; 22.23 peratus doktor; 23.40 peratus penerima termasuk pembantu perubatan, radiografi dan pemandu ambulans; 5.62 peratus doktor gigi dan 3.45 peratus ahli farmasi.
Baca juga Denda RM100,000 dan penjara tiga tahun jika sebar berita palsu Covid-19
Khairy turut mengatakan akan ada dua lagi penghantaran vaksin Covid-19 pada akhir bulan ini.
Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.