Derma organ dapat selamatkan nyawa lain, ini cara untuk daftar

Iklan
Derma organ dapat selamatkan nyawa lain, ini cara untuk daftar

ISU mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan.

Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit.

Iklan
Iklan

Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga si mati.

Iklan

Namun untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita.

Derma organ dilakukan dengan dua cara iaitu pendermaan selepas kematian dan pendermaan semasa hidup.

Iklan

Bagi pendermaan selepas kematian seseorang itu boleh mendermakan lebih banyak organ dan tisu jika dibandingkan dengan pendermaan semasa hidup.

Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada maut.

Sesiapa pun, layak menjadi penderma. Sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu.

Walau bagaimanapun mereka yang berusia kurang dari 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

Pendermaan Organ adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas dia meninggal dunia.

Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat.

Pendermaan organ dan tisu juga satu amalan kemanusiaan yang mulia.

Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas.

Baca juga MSG ibarat racun yang sedap dalam makanan? Ini penjelasan pakar kimia mengenainya

Manakala tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung.

Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Semoga bermanfaat!

Sumber: infosihat