Memang kreatif! Patutlah Sekolah Etania Hijau ini menang anugerah di Mumbai

Iklan
Memang kreatif! Patutlah Sekolah Etania Hijau ini menang anugerah di Mumbai

BUKAN biasa-biasa sekolah ini kerana pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa!

Ya, sekolah yang diperbuat daripada kontena dan kayu-kayan kitar semula ini memenangi anugerah kecemerlangan untuk trend reka bentuk dan seni bina bagi kategori projek mampan di Mumbai pada 2019.

Iklan
Iklan

Sekolah ini mendapat anugerah reka bentuk mampan di bawah anjuran majalah Home & Design Trends iaitu sebuah majalah yang mengetengahkan aspek-aspek reka bentuk dan seni bina lestari.

Iklan

Malah sekolah ini juga tersenarai dalam 10 rekaan sekolah terbaik oleh Designboom! Wah... tahniah!

Iklan

Sekolah Etania Hijau merupakan sekolah pertama yang dibina khusus untuk kanak-kanak tanpa kerakyatan yang tak dapat akses pendidikan di Malaysia.

Sebelum ini kelas untuk kanak-kanak tanpa kerakyatan ini tidak mempunyai ruang dan bangunan yang sesuai.

Namun atas inisiatif Dr Kathryn Rivai yang merupakan pengasas sekolah itu serta usaha sama arkitek terkemuka dari badan NGO billionBricks iaitu Robert Verrijt dan Prasoon Kumar, nasib kanak-kanak di situ terbela untuk dapatkan pendidikan yang sepatutnya.

Yang menariknya, sekolah tersebut diisi dengan tenaga pengajar yang berkaliber dari pelbagai latar belakang.

Jika dilihat reka bentuk dan kawasan sekolah itu, ia memang menarik kerana diinspirasikan daripada alam semula jadi yang dikelilingi dengan ladang dan kebun sawit.

Bagi menampakkan kawasan itu menjadi minimalis dan jimatkan kos, bangunan dan ruangan pembelajaran (kelas) sekolah itu dibina daripada kontena penghantaran.

Pada bahagian atas bangunan itu pula, kelas diperbuat daripada kayu-kayan yang dikitar semula. Sangat-sangat jimatkan?

Sekolah ni dibina khas untuk memuatkan 350 pelajar yang umur lima hingga 13 tahun yang beroperasi selama enam hari seminggu.

Sekolah Etania Hijau ni juga sama macam sekolah biasa yang lain kerana kemudahan di sekolah sangat lengkap, cumanya sistem pendidikan mereka sahaja bukan pendidikan rasmi daripada pentaksiran kerajaan.

Baca juga Ini perbezaan antara To, CC dan BCC yang perlu anda tahu ketika menghantar e-mel

Memandangkan sekolah ni terletak dan dikelilingi kawasan sawit, kebanyakan dan majoriti pelajar adalah anak-anak pekerja ladang sawit yang tiada kerakyatan yang sah.

Kebanyakannya juga adalah pelarian dari negara jiran yang masuk kat Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Jadi, anak-anak mereka ketinggalan kerana tidak dapat hak asasi asas seperti akses pendidikan dan persekolahan serta rawatan kesihatan atas faktor kerakyatan.

Tapi, pendidikan yang diberikan di sekolah tanpa kerakyatan ini tidak sama macam sekolah rasmi yang diiktiraf kerajaan, mereka cuma diajar aspek-aspek asas seperti menulis, mengira dan membaca. Jika ada yang sampingan, itu semua inisiatif tenaga pendidik mereka.

Sumber: soscili & Foto Twitter @notsoaidil