Ini perbezaan antara To, CC dan BCC yang perlu anda tahu ketika menghantar e-mel

A
A
A

KITA akan sering melihat To, CC dan BCC semasa berurusan dengan e-mel. Namun demikian, adakah kita betul-betul memahami maksud terma-terma tersebut?

Jadi, hari ini SinarPlus akan terangkan tiga istilah tersebut satu persatu.

Sebenarnya, setiap satu daripada istilah tersebut mempunyai peranannya masing-masing. Berikut adalah perinciannya seperti yang dikongsikan oleh @LitkitMy di Twitternya:

i) To

To dalam e-mel bermaksud ia ditujukan kepada siapa (individu tertentu) dan hanya orang yang sama sahaja boleh membalasnya.

Sebagai contoh, jika keterangan untuk permohonan kerja meminta anda menghantar resume kepada e-mel yang dinyatakan, pastikan ia diletakkan dalam bahagian To.

Pun demikian, jika menerima sesuatu e-mel, pastikan anda melihat dahulu sama ada ia hanya diajukan kepada anda seorang atau terdapatnya CC.

ii) CC (carbon copy)

Jika anda menerima e-mel dan ia diletakkan dalam kategori CC, ia membawa maksud anda tidak perlu membalasnya.

CC adalah sebagai salinan daripada penghantar emel.

Kebiasaannya, ia hanyalah sekadar untuk memaklumkan individu lain dalam e-mel tersebut.

Bagaimanapun, jika ada e-mel lain dalam bahagian CC, pastikan anda membalasnya dengan memilih ‘reply all’ (balas semua) bagi memastikan semua e-mel (keseluruhan) menerima maklum balas yang diperlukan.

iii) BCC (blind carbon copy)

Ingat, sebagai penerima e-mel yang berada dalam To atau CC, anda tidak akan tahu siapa yang berada di bahagian BCC.

Ia adalah kerana maklumat individu yang berada di bahagian BCC tidak akan terpapar dalam e-mel.

Secara ringkasnya, BCC adalah ‘orang tersembunyi’ yang juga menerima e-mel yang dihantar tetapi istimewanya hanya si penghantarnya sahaja boleh tahu individu tersebut.

Lazimnya, individu yang mendapat e-mel dalam kategori BCC adalah majikan.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah semasa menghantar dan membalas e-mel terutamanya kepada mereka yang kerap berurusan secara maya menggunakan platform itu.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada pelajar, mereka yang sedang mencari kerja dan semua pembaca.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca