Dunia seorang isteri ialah suami, dunia suami telefon!

Iklan
Dunia seorang isteri ialah suami, dunia suami telefon!

"ISTERI sekarang ini diduakan suami dengan telefon. Masa suami lebih dengan telefon berbanding isteri. Kalau rasa korang tak banyak tengok telefon dan tak banyak pegang telefon maka jangan terasa."

Begitulah perkongsian Firdaus Syakirin dilaman Facebooknya.

Iklan
Iklan

Tidak dinafikan zaman sekarang memang memerlukan kepada gajet tersebut di atas pelbagai keperluan.

Di situlah tempat perhubungan komunikasi, urusan kerja, mendapat maklumat terkini, hiburan dan sebagainya.

Iklan

Fakta atau auta? Jom kita lihat perkongsian beliau.

Iklan

Berapa jam kita habiskan untuk telefon dan berapa jam pula spend masa untuk isteri?

"Alah, isteri sibuk dengan anak-anak, masak, buat kerja-kerja rumah, macam mana nak spend masa untuk dia? Dia ada kerja dia..."

"Tengah rehat kan..."

Rehat kita suami isteri ialah ketika tidur sahaja. Selebihnya, masing-masing kena saling bantu membantu meringankan bebanan dan mempercepatkan urusan.

Jika nak bagi alasan kita kerja, dia pun kerja. Kalau nak cakap dia duduk rumah, suri rumah sepenuh masa, anak-anak siapa hantar dan siapa ambil? Kerja sekolah anak-anak siapa yang ajar? Anak-anak makan siapa sediakan? Pakaian siapa jemur dan lipatkan? Rumah siapa kemas dan bersihkan?

Nak main telefon tak salah, boleh...

Isteri bukan jaki sangat, bukan dengki sangat dengan suami yang asyik main telefon.

Kadang-kadang isteri itu terasa hati bila suami terlalu meluangkan masa untuk telefon, terlalu leka dengan telefon, terlalu fokus pada telefon berbanding isteri sendiri.

Baca juga Ayah umpama hero, ini yang perlu bapa buat untuk anak perempuan

Isteri cakap, dengar tak dengar sahaja. Pandang pun tidak... respon pendek-pendek. Kalau isteri cakap lebih-lebih terus melenting, marah-marah sebab isteri 'ganggu' suami dengan telefon. Betul ke tindakan tu? salah ke isteri nak perhatian suami pula?

Asyik telefon sahaja dapat perhatian suami.

Berpada-padalah ya! Teknologi tak salah, telefon pun tak salah. Orang yang menggunakan telefon sehingga terabai keutamaan dia itu yang salah.

Fikir-fikirkan, selamat beramal.