AYAH insan lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak-anak.

Oleh sebab itu, hubungan ayah dan anak perempuan haruslah terjalin baik walaupun anak dewasa.

Hubungan seorang ayah dan anak perempuan akan menjadi sangat rapat atau sebaliknya bergantung kepada bagaimana cara bapanya menjalankan peranan sebagai orang tua.

Menurut doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal, jika ibu tempat anak perempuan berasa paling selamat, ayah pula akan mengangkat anak perempuannya hingga dia terbang setinggi-tingginya.

Ini lima perkara yang seorang ayah mesti selalu beritahu pada anak perempuannya;

1) “Kakak boleh cerita pada ayah tentang apa saja dan ayah akan dengar setiap cerita kakak.”

  • Anak perempuan akan berasa diri mereka didengari.

2) “Tak kira sebesar mana pun masalah kakak, ayah akan tolong selesaikan masalah tu.”

  •  Anak perempuan akan berasa keberadaan ayahnya.

Ayah umpama hero, ini yang perlu bapa buat untuk anak perempuan

3) “Ayah gembira bila kakak senyum. Ayah tak suka tengok kakak sedih.”

Iklan
  • Anak perempuan akan rasa si ayah umpama hero yang selalu melindungi dirinya.

4) “Bijaknya anak ayah. Boleh fikir macam-macam idea.”

  • Mereka cuma nak seorang ayah yang kagum dengan idea dan pendapat mereka.
  • Anak perempuan nak rasakan yang mereka bijak di mata ayah.

Baca juga Risiko kanak-kanak lemas di dalam bilik air, ini perkara yang perlu ibu bapa beri perhatian

5) “Nilai diri kakak tersangat besar. Jangan sekali-kali merendahkan nilai itu untuk sesiapa pun.”

Iklan
  • Ayahlah orang paling penting untuk anak perempuan bina ‘self-esteem’ dirinya.

Semoga bapa-bapa di luar sana dapat menjalankan peranan seorang ayah kepada puteri kecil sebaiknya.