Rentas negeri berbulan madu? Ini penjelasan PDRM

Iklan
Rentas negeri berbulan madu? Ini penjelasan PDRM

BARU-BARU ini tular di laman sosial sepasang suami isteri pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sedangkan negara masih tidak membenarkan aktiviti rentas negeri akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali urusan penting.

Gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu bagaimanapun tular di media sosial pada Jumaat lalu dan menimbulkan amarah dan kecaman netizen.

Iklan
Iklan

Hari ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan mengatakan lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat pada 15 Mac lalu.

Iklan

Iklan

Menurutnya, pasangan itu turut menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.

Ashari turut menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Baca juga Penting rancang keluarga, hamil apabila sudah bersedia sahaja – Dr Fatin Liyana

Terdahulu, isterinya yang juga 'instafamous' itu dikatakan ada berkongsi ‘cara-cara’ untuk merentas negeri buat mereka yang mahu berbulan madu di Insta Story miliknya.

Namun selepas tular perkongsian di Instagram dan Twitter, dia memilih untuk mengunci akaun Instagram bagi mengelakkan lebih ramai netizen melawati laman Instagramnya.

Patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini. Jadilah insan yang bertanggungjawab.