"PAGI tadi (semalam) saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak."
Baginda mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.
Menurut perkongsian itu, Tunku Azizah memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.
Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda.
Baca juga Rentas negeri berbulan madu? Ini penjelasan PDRM
Seri Paduka turut memuat naik gambar kaki kiri baginda yang berbalut selepas menerima rawatan dan ia telah mendapat hampir 90, 000 tanda suka setakat
ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata para pengikut baginda mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan beliau.