BARU-BARU ini tular di laman sosial sepasang suami isteri pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sedangkan negara masih tidak membenarkan aktiviti rentas negeri akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali urusan penting.

Gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu bagaimanapun tular di media sosial pada Jumaat lalu dan menimbulkan amarah dan kecaman netizen.

Sehubungan itu, mereka telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan salah guna kebenaran rentas negeri yang tular di media sosial.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan mengatakan lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat pada 15 Mac lalu.

“Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada 17 hingga 20 Mac.

“Pasangan tersebut turut mengesahkan bahawa mereka telah menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan mereka di sana.

“Mereka telah mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan mereka.

“Pasangan ini juga mengakui ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya,” katanya.

Perkara yang anda perlu tahu jika ingin rentas negeri

Menurutnya, pasangan itu turut menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.

“Lelaki itu telah menjelaskan perkongsian gambar yang dimuat naik di Instagram oleh isterinya bersifat peribadi tetapi telah ditularkan di Twitter.

“Netizen mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan pihak polis kepada pasangan ini untuk tujuan berbulan madu,” katanya.

Ashari turut menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.

“Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan kebenaran ini, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan,” katanya.

Baca juga Penting rancang keluarga, hamil apabila sudah bersedia sahaja – Dr Fatin Liyana

Terdahulu, isterinya yang juga ‘instafamous’ itu dikatakan ada berkongsi ‘cara-cara’ untuk merentas negeri buat mereka yang mahu berbulan madu di Insta Story miliknya.

Iklan

Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat

Namun selepas tular perkongsian di Instagram dan Twitter, dia memilih untuk mengunci akaun Instagram bagi mengelakkan lebih ramai netizen melawati laman Instagramnya.

Iklan

Patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini. Jadilah insan yang bertanggungjawab.