Ikan siakap Pla Neung Manao enak dengan hanya 3 langkah mudah

Iklan
Ikan siakap Pla Neung Manao enak dengan hanya 3 langkah mudah

BILA sebut sahaja menu ikan siakap pasti ramai yang terbayangkan isinya yang lembut dan sedap.

Biasanya ikan siakap dimasak kari, asam pedas dan tiga rasa. Namun ia juga enak dikukus bersama halia, limau atau lemon bergantung pada selera masing-masing.

Iklan
Iklan

Resipi ini diinspirasikan daripada masakan Thailand. Pla Neung Manao bermaksud kukus bersama limau nipis.

Iklan

Menu ini juga sihat dan sesuai untuk orang yang sedang diet kerana tidak menggunakan setitik minyak, orang bujang pun dijamin boleh membuatnya.

Iklan

Bahan–bahannya;

  • 2 ikan Siakap (saiz sederhana)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3 pokok ketumbar (potong kecil) *ambil dari akar sampai daun
  • 10 cili api (potong kecil)
  • 10 ulas bawang putih (potong kecil)
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 biji limau nipis
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (optional)

Cuba juga Wah! 4 perisa dalam 1 piza dengan sos Top Secret daripada Domino’s. Lebih jimat dan semestinya sedap!

Cara-cara membuatnya;

1. Gaul semua bahan di atas hingga sebati (kecuali ikan).

2. Kukus ikan selama 7 minit.

3. Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam ikan, kemudian kukus lagi 5 minit. Siap!

Sumber: Wan Muhammad Aliff