Beri peluang anak conteng dinding, ini 4 manfaat ramai tak tahu

Iklan
Beri peluang anak conteng dinding, ini 4 manfaat ramai tak tahu

MENJADI seorang ibu pasti tidak terlepas dengan aktiviti si kecil suka menconteng dinding bukan?

Kadang-kadang membuatkan ibu stres apabila hampir segenap ruang dinding rumah bercorak macam-macam.

Iklan
Iklan

Begitulah, ibu kena faham lumrah anak yang suka meneroka.

Iklan

Seperti yang dikongsi seorang perunding keibubapaan, Noor Afidah Abu Bakar di laman Facebooknya.

Menurutnya, terdapat dua perkara yang menarik perhatiannya apabila melihat gambar anak-anak sedang 'berkarya' yang dikongsi oleh rakan, seorang ibu kepada empat orang anak kecil.

Iklan

Katanya, hasil lakaran anak-anak kecil ini mempunyai maknanya yang tersendiri.

Menurut Noor Afidah, ini sebabnya kenapa beliau mengatakan anak menconteng dinding adalah satu aktiviti yang normal;

2) Menulis di atas permukaan menegak yang luas adalah satu bentuk latihan yang baik untuk ‘midline crossing’.

Tubuh badan manusia mempunyai 'midline' ataupun garisan tengah yang membahagikan tubuh kita kepada kiri dan kanan.

Apabila kanak-kanak menulis ataupun melukis di permukaan menegak yang luas, pergerakan lengan akan merentasi bahagian tengah anggota badan dan merangsang koordinasi dan komunikasi di antara otak kanan dan otak kiri.

Aktiviti midline crossing sebegini (dan banyak aktiviti lain lagi) dapat membantu perkembangan motor halus yang lebih baik dan membantu pengurusan harian diri yang lebih teratur.

Kanak-kanak dapat melakukan sesuatu pergerakan dan tugasan dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan.

Baca juga Apabila si kecil mengadu sakit gigi, ini perkara yang ibu bapa dilarang buat

3) Selain itu, menulis di atas permukaan yang menegak dengan cara melutut ataupun berdiri dapat menguatkan bahagian tengah (core) badan.

Kedudukan yang sebegini melibatkan 'kerjasama' antara badan tengah dan otot belakang agar dapat mengekalkan postur yang menegak untuk menulis.

 

[caption id="attachment_41315" width="1024"] Walau bagaimanapun, di samping membantu perkembangan otak, kognitif, fizikal, dan motor halus kanak-kanak, mereka juga perlukan ‘boundary’ ataupun batasan apabila melakukan sesuatu aktiviti agar mereka dapat menjadi insan yang hidup bertanggungjawab dan berperaturan.[/caption]

Menurutnya lagi, menconteng dinding rumah jika tidak ada batasan akan menyebabkan kanak-kanak terbiasa dengan contengan di mana-mana sahaja tidak kira di rumah sendiri, di dinding rumah orang lain, di dinding sekolah, di dinding kedai, di dinding kawasan awam dan di merata-rata tempat sehingga tidak dapat dikawal.

Jadi, jangan marah ya kalau nampak mereka conteng dinding di rumah! Sediakan tempat khas untuk mereka itu lebih baik.