Kemunculan selepas 20 tahun, kumpulan Elite rakam lagu baru

Iklan
Kemunculan selepas 20 tahun, kumpulan Elite rakam lagu baru

"AKU bukannya selemah yang kau sangka, aku tak rela diseksa, haa! Beranikah lagi bersemuka, rasakan kuasa, tamparan wanita."

Masihkah korang ingat lagi suatu ketika di era 90-an lagu yang hangat dinyanyikan oleh kumpulan wanita hebat, Elite bertajuk Tamparan Wanita ini.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh kesemua ahli kumpulan Elite itu di Instagram iaitu Abby Abadi, Watie, Shasha Saidin, Azza dan Linda Rafar.

Iklan

Wah! Siapa sangka kan. Setelah sekian lama dan kini bakal kembali dengan lagu baharu.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan mereka mengenakan busana jubah lengkap bertudung dan yang menariknya lagu yang dinyanyikan bertemakan ketuhanan.

Iklan

Dengarnya juga, dalam lagu tersebut turut bakal menyaksikan mereka menyanyi rap seperti lagu-lagu Elite sebelum ini.

Wow! Memang tak sabar nak dengar lagu mereka ni.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat sudah tidak sabar menunggu lagu tersebut dan turut tumpang gembira dengan kemunculan mereka.

Baca juga 10 tahun menunggu, Irwansyah timang cahaya mata pertama

Sama-sama kita nantikan ya!