SETELAH 10 tahun menunggu, pelakon popular Indonesia, Irwansyah kini bergelar bapa apabila isterinya yang juga seorang pelakon, Zaskia Sungkar melahirkan seorang bayi lelaki pada Selasa.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya hari ini, Irwansyah, 36, turut berkongsi nama cahaya mata sulungnya yang lahir dengan berat 3.4 kilogram (kg) itu kepada umum.

“Assalamualaikum anak solehku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak baik.

“Terima kasih kepada semua yang belum pernah bertemu, tapi doanya luar biasa. Terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini.

“Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan sokongan kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkahan.

Iklan

Irwan dan isteri mendirikan rumah tangga rumah tangga pada 15 Januari 2011.

 

Iklan

(FOTO: Instagram Irwansyah)