DOKTOR dan pelatih pakar bedah popular, Dr Amalina Che Bakri mengumumkan beliau sudah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.
Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya semalam.
Setelah tiga kali tangguh, akhirnya disatukan dengan insan tercinta, Alexander Charles.
Menurutnya, percancangan awal perkahwinannya adalah pada bulan Mac di Malaysia.
Dr Amalina turut meletakkan tanda pagar #justmarried menandakan beliau sudah bergelar suami isteri yang sah.
Menjengah ruangan komen perkongsian itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada para pengikut doktor terkenal ini.
Terdahulu, Dr Amalina yang sedang menyempurnakan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London itu turut mengumumkan pertunangan mereka pada 10 Ogos lalu.
Baca juga Gigihnya! Pakai EX5 redah hutan bukit bukau setiap minggu, ini kisahnya…
Nama Dr Amalina mula menjadi sebutan apabila berjaya mencipta sejarah sebagai pelajar pintar yang mencapai keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.
Tahniah diucapkan kepada Dr Amalina dan pasangan, semoga berbahagia.