“PERJALANAN sejauh lebih kurang 80 kilometer melalui ladang-ladang dan kawasan hutan yang berbukit itu adalah rutin bagi perjalanan kami setiap minggu.”

Begitulah perkongsian seorang pemuda yang juga seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan.

Menurutnya, beliau terpaksa meredah hutan berbukit-bukau itu dengan hanya menggunakan sebuah motosikal kerana beberapa faktor.

“Menemani aku ialah seekor ‘kambing’ besi merentasi laluan tinggalan balak sejak sekian lama.

“Inilah ‘kambing’ aku. Sebuah jentera kecil yang sesuai dengan badan aku yang kecil tetapi mantap.

“Honda Ex5 Dream Fi 110cc, model terbaharu daripada Honda memasuki pasaran pada tahun 2015 mengantikan model-model EX5 terdahulu.

“Berbanding ‘abangnya’ yang lain yang menggunakan karburator bagi penyaluran kuasa memecut tidak bagi ‘kambing’ ini kerana telah dinaik taraf kepada Fi iaitu Full Injection.

“Dengan demikian penggunaan bahan api adalah lebih jimat dan pecutan yang lebih umphhh!” kongsinya di Facebook Arena Motor.

Gigihnya! Pakai EX5 redah hutan bukit bukau setiap minggu, ini kisahnya...

Beliau turut mengatakan motosikalnya turut diubah bagi kegunaan hariannya.

“Kenapa di panggil kambing? Entahlah, aku sendiri tak pasti. Aku perasan kalau tenung betul-betul ada juga iras kambing. Kalian search la di FB EX5 Fi kambing, rupanya memang ada gambar-gambar motosikal ini yang telah di ‘make up’ dengan cantik di tambah baik dengan aksesori yang cukup unik.

“Berbeza dengan motor aku, ia telah dilenjan untuk mendaki bukit dan layak di gelar ‘Kambing gurun’. hak ehhh. Ramai tanya kenapa tak guna scrambler?

“Tak sesuai kawan-kawan, dengan ketinggian motornya di samping lebar sedikit agak susah sekiranya meniti di laluan yang berparit berkemungkinan aku untuk jatuh disebabkan kaki aku yang pendek. Jangan gelak!

“Sepanjang laluan nak ke sekolah kedua belah kaki banyak dijatuhkan bagi kestabilan motor baik ketika mendaki atau menuruni bukit.

“Tak percaya, marilah sendiri baru kalian tahu scrambler kat sini tak sesuai. Alat ganti pulak, scrambler lebih mahal. Kami berulang-alik bukannya naik bukit sekadar hobi sebulan atau dua bulan sekali aktiviti sebegitu.

“Bagi memastikan ‘kambing’ ini sesuai dengan jalan-jalan disini, aku telah melakukan beberapa pengubahsuaian.

“Antaranya ketinggian motor aku telah naikkan sedikit bagaimanapun kaki aku masih boleh mencapai tanahnya.

“Tujuan lain ialah bagi mengurangkan selut melekat ketika musim hujan. Selut disini bukan sebarang selut, nantilah klu berpeluang bila tiba musimnya aku ambil gambarnya.

“Ada satu tempat di panggil ‘kubang babi’ kerana kedalaman selutnya sehingga menengelamkan tayar motor. Ketika itu motosikal pun sudah hilang kudratnya. Sungguh.. Tanyalah orang-orang lama.

“Selain itu spoket belakang telah aku tukar kepada saiz 42 berbanding saiz asal iaitu 36. Tujuannya supaya motor ini lebih gagah ketika mendaki bukit.

“Ya sahabat, mendaki bukit di kawasan ini perkara biasa. Pendakian itu selalunya disusuli dengan menapak dari batu ke batu tak kira kecil atau besar serta lurah-lurah air yang agak menjengkelkan.

“Musim sekarang rasanya agak mudah tetapi bila musim hujan agak berbahaya kerana laluannya berbatu-batu, licin serta agak curam.

“Di sebabkan itulah aku menukar tayar biasa kepada tayar lipan bersaiz 250 di belakang dan hadapan bersaiz 225. Dengan adanya tayar begini, kuasa mencengkam adalah lebih jitu dan aku mendaki bukit dengan lebih yakin dan gembiranya,” ujarnya.

Katanya lagi, ekzos motosikalnya juga terpaksa diubah menjadi bunyi kuat demi keselamatan.

“Ekzos? Bukan aku taknak cerita memandangkan ianya salah di sisi undang-undang maka aku sentiasa doa-doakan tiada kesusahan aku dapat kerana tujuan
aku satu sahaja.

“Bunyi yang kuat akan menyelamatkan aku dari apa apa malapetaka. Dalam hutan, kita tak tahu apa yang ada dihadapan kita. Mungkin binatang buas, tanah runtuh dan sebagainya.

Iklan

“Demi keselamatan, aku memakai pad lutut dan siku bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku perkara tak diingini. Ya sahabat, malang tak
berbau.

“Kalian, setiap kali aku berjaya melepasi laluan yang merbahaya, aku bersyukur sangat-sangat.

“Selalu mendapat pesanan, “Abang naik motor elok-elok, ingat Za dan anak-anak kat rumah ni. Za sayang abang”… Aku pandangnya dengan senyuman. Walhal hati ini turut rasa sesuatu.. Pesan itu aku selalu ingat. Isteri mana tak bimbangkan suaminya. Isteri mana yang tak sayangkan suaminya.

Baca juga [VIDEO] Riuh satu rumah gara-gara hilang remote TV, sampai terpaksa mesej ustazah di sekolah

“Doanya mengiringi setiap kali pemergian aku. Barangkali air matanya menitis kerana dia tahu liku-liku yang bakal aku tempuh. Dan dia reda, masa itu cepat berlalu seakan mencemburui aku.

Iklan

“Esok kembali ke balantara demi tugas pertiwi. Tak apalah, aku ‘ride’ sambil layan panorama indah di ladang dan belantara yang indah memukau. Bercinta dengan alamkan,” ujarnya.

Begitulah pengorbanan seorang guru demi memberi ilmu kepada anak bangsa. Tahniah atas kegigihan cikgu merempuh ranjau mengajar di kawasan pedalaman.

Pengalaman yang sangat bernilai.

Sumber: Ben Zaid