NCD, jika pandai manfaat boleh jimat beribu ringgit!

Iklan
NCD, jika pandai manfaat boleh jimat beribu ringgit!

TAK sangka, ramai juga yang memandu kereta tapi tak tahu apa itu No-Claim Discount (NCD).

NCD ini, korang kena faham untuk korang tahu bila nak claim, bila nak pindah.

Iklan
Iklan

Kalau korang pandai manfaat, boleh jimat beribu ringgit!

Iklan

Sekiranya pemilik tak pernah buat sebarang tuntutan insurans tahun sebelumnya.

Contoh tahun 2020 korang beli kereta, korang akan bayar insurans pada harga penuh.

Iklan

Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat, tahun 2021 nanti korang akan dapat NCD sebanyak 25%.

Kiranya insurans yang kena bayar tahun 2021 akan dapat diskaun 25%!

Bila korang buat tuntutan insurans contoh tahun 2021, tak kisah apa nilai NCD korang 25% atau 55%, tahun berikutnya terpaksa korang bayar premium insurans harga penuh.

Start semula dari 0. Ada faham? Sekarang korang dah tahu apa itu NCD.

Korang kena tahu pula apa jenis tuntutan yang batalkan NCD dan apa yang tidak. Haaa... bukan semua jenis tuntutan insurans batal NCD tau.

Tuntutan insurans yang tak batal NCD korang ialah 'Servis Towing'.

Ya! Panggil towing daripada syarikat insurans korang takkan batalkan pun NCD.

Yang ini ramai tak tahu. Bayar insurans mahal-mahal, tapi bila kereta tersadai susah-susah cari contact towing.

Insurans kalau comprehensive, sah sahlah memang ada servis percuma towing.

Yang ini kena refer pada polisi insurans korang.

Kalau dah hilang entah ke mana, korang call je hotline insurans korang untuk tanya.

Hotline insurans rata-rata adalah toll-free, tak ada kredit pun boleh call.

Baca juga Nampak biasa tapi rasailah, suami isteri cuba amal 4 pengikat kasih sayang ini

Towing insurans korang ni bukan untuk kes kemalangan atau tersadai je tau, kes kereta ada problem kat bengkel A nak towing ke bengkel B pun boleh.

Sebab sah-sah korang kena bayar towing tu. Kadang kena mahal pula. Namun jika diikutkan, insurans korang cover dah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: CARPUT