SETIAP insan yang berkahwin impikan kasih sayang daripada pasangan sampai ke Syurga.

Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami dan isteri haruslah memainkan peranan bersama.

Seperti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar, hidup rumah tangga sebenarnya ada banyak jalan untuk kita beramal sekali gus dapat mendatangkan banyaknya kasih sayang Allah pada kita.

Ini perkara yang setiap pasangan suami isteri boleh buat untuk menceriakan rumah tangga, tambah lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berbaki banyak hari ini;

1. Memandang muka pasangan dengan penuh kasih sayang

Berapa kali kita melihat muka pasangan kita setiap hari? Iyalah dah asyik skrin telefon korang je yang kena tenung.

Pandang sahaja, lahirkan kembali rasa cinta pada pasangan korang. Doakan juga mereka dalam hati. Di situ ada rahmat Tuhan buat rumah tangga kita.

2. Memegang tangan pasangan

Pegang tangan ni biasanya makin lama makin pasangan suami isteri jarang buat. Tak semua tapi kebanyakkan. Dulu masa belum kahwin beria pegang, tak mahu lepas.

Awal kahwin pun sama. Tapi dah lama-lama malu katanya. Kau nak malu apa bang. Bini kau lah.

Jadi peganglah. Bersilang jari jemari dan tersemat cinta abadi. Haa begitu.

Iklan

Waktu berjalan, waktu tidur, waktu duduk menonton movie. Waktu dia nak masuk bilik air kau lepaskanlah. Kalau nak merindu, eh boleh je. Fatzura kan begitu. Ewahh.

Suami, fahamilah... ini yang tidak terluah oleh isteri

3. Menyatakan rasa kasih dan rindu buat pasangan

Iya bukan waktu suami ke bilik air sahaja, tapi selalu.

Iklan

Cuba kalian WhatsApp kepada pasangan waktu dia tengah memasak dekat dapur, kata kalian rindu. Tengok dia balas apa.

Tapi apa pun balasan dia, mesej lagi sampai akhirnya dia juga balas dia rindukan kita.

Sweet kan? Perasaan sweet yang halal ini Tuhan suka. Di sinilah keindahan rumahtangga.

Baca juga Gangguan air di Selangor, KL pada 6-9 April, ini senarai lengkap kawasan terlibat

4. Belikan hadiah ringkas

Ikut kemampuan korang lah. Beli coklat murah pun boleh. Sebut itu hadiah, jadilah dia hadiah. Tak payah tunggu nak kena beli rantai berlian baru nak rasa itu hadiah.

Kita yang menerima hadiah pula, sekali pun cuma sebungkus nasi lemak yang pasangan kita sebut itu hadiah, hargailah. Saling menghargai itu lah perasaan bahagia.

Ya, rumah tangga ini tiada orang lain yang boleh bentuk dan corakkan melainkan suami isteri itu sendiri.

Jadi perkara utama yang perlu dibentuk adalah diri kita dan pasangan.

Hiasilah dengan amalan-amalan yang nampak remeh tapi memberi kesan yang sangat mendalam bagi memupuk kasih sayang berpanjangan antara suami isteri.