Mudah! Sistem pendaftaran perkahwinan kini boleh dibuat secara online

Iklan
Mudah! Sistem pendaftaran perkahwinan kini boleh dibuat secara online

UNTUK makluman semua, sistem pendaftaran pernikahan kini boleh dibuat secara online melalui laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

SPPIM merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah

Iklan
Iklan

(PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Iklan

Perkhidmatan yang ditawarkan secara online di SPPIM meliputi;

i) Permohonan Berkahwin Online

Iklan

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di

negeri masing-masing.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan

kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri;

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan
  • Johor

Walau bagaimanapun, kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

ii) Pendaftaran Pra-Perkahwinan Online

Pendaftaran PraPerkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada

pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.

Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran.

Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri berikut;

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

iii) Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara

Modul NCR Luar Negara bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perihal perkahwinan, perceraian

dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia.

Pemohon boleh memilih perihal urusan yang diperlukan mengikut kategori berikut;

Baca juga Sinar Harian beri pelitup muka percuma edisi khas pada 7 April

iv) RundingCara Online

Rundingcara Online adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri – Negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada individu atau

pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.

Pemohon juga boleh mendapatkan temu janji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri dan Pejabat Agama Islam

Daerah.

Permohonan Rundingcara melalui online pada masa ini hanya meliputi negeri berikut:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)

Selain itu, cara daftar Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia adalah seperti berikut:

  • Pilih menu Benar Nikah Online
  • Pilih butang Permohonan Baru
  • Tekan butang Seterusnya
  • Isi maklumat bertanda (*) di ruangan lelaki pepermpuan, maklumat kebenaran dan wali
  • Klik butang Seterusnya dan Hantar
  • Klik butang Saya Bersetuju dan tekan Hantar
  • Cetak Borang dan Senarai Semak
  • Hantar ke Pejabat Kadi bersama dokumen

Maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.sppim.gov.my

Wah! Sangat memudahkan orang ramai berurusan. Semoga bermanfaat!

Sumber: eCentral