[VIDEO]Ragam 6 anak untuk duduk diam 1 saat, Dr Harlina kongsi sebalik tabir sesi fotografi raya

Iklan
[VIDEO]Ragam 6 anak untuk duduk diam 1 saat, Dr Harlina kongsi sebalik tabir sesi fotografi Raya

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha merupakan seorang yang aktif berkongsi pelbagai tip keibubapaan dan ragam anak-anak.

Begitu juga dengan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos.

Iklan
Iklan

Terbaharu, Dr Halina berkongsi detik merakam sesi fotografi Hari Raya Aidilfitri keluarganya.

Perkongsian di Instagram miliknya itu menjadi perhatian ramai apabila terpapar kekecohan anak-anaknya sewaktu sesi fotografi tersebut.

Iklan

Menerusi video berdurasi 1 minit 20 saat itu, pasangan serasi tersebut mengenakan busana sedondon berwarna biru gelap bersama enam anak mereka.

Iklan

Suasana kelihatan kecoh dan riuh rendah apabila Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina meminta anak-anak duduk diam untuk bergambar.

Sementara itu, menjengah ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut terhibur melihat gelagat anak-anak kecil itu.

Baca juga Pengantin ‘dianiaya’ mak andam, MUA Bellaz tampil taja solekan dan baju pengantin

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka kini sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10 tahun, Sophea Natasha, lapan tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah berusia empat tahun serta pasangan kembar lain jantina, Eusoff dan Emelia berusia lima bulan.