SEMUA maklum solekan pada hari perkahwinan sangat penting kerana pada waktu itulah para pengantin ingin kelihatan berseri dan cantik.

Bukan sahaja busana, malah tata rias juga menjadi tumpuan utama para tetamu yang datang.

Apabila busana kahwin sudah gah, dandanan rambut atau hijab dah stail, namun tiba-tiba solekan ada yang kurang sudah pastinya tidak memuaskan hati.

Seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini seorang wanita dikenali Yana Nazaruddin, meluahkan rasa sedihnya terhadap ‘mak andam’ di hari perkahwinannya kerana memberikan servis yang sangat mengecewakan.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, pihak butik berkenaan sama sekali tidak dapat menerima teguran dan mengabaikan mesej yang dihantar begitu saja.

solekan mata

“Entahlah sedih kecewa semua ada tak tahu nak rasa apa bila kena aniaya macam ni. Harga mekap bukan murah. Ratus-ratus juga aku bayar tapi yang dapat macam
ini. Cuba komen sanggup ke nak bersanding macam ni?

“Lebih baik mekap sendiri lagi lawa. Sumpah membazir duit ‘hire’ mak andam terjun. Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima
kenyataan.

“Bagi crown yang dah reput teruk sentuh sikit pun boleh patah. Dengan veil yang dah warna lusuh putihnya. Tak tahulah nak cakap apa dah. Niat nak berbincang
dengan baik tapi yang dapat ibarat dihalau,” tulisnya di Facebook.

Baca juga Ekspresi seni benci rasuah, pelukis ini hasilkan 3 visual sindiran sebagai peringatan pemimpin korup   

Iklan

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet yang turut sama simpati terhadapnya termasuklah jurumekap profesional terkenal, MUA Bellaz tampil mahu memberikan bantuan untuk mekapkan semula wanita itu.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini memohon orang ramai maklum kepadanya jika ada yang mengenali wanita tersebut.

Iklan

“Boleh siapa-siapa tolong adik ni stay mana… Bellaz nak taja mekap dia dengan pakai baju wedding yang cantik-cantik balik. Bagi dia happy,” tulisnya.

Alhamdulillah, ada yang ingin membantu bagi menggembirakan insan lain. Moga ia memberi sinar kegembiraan kepada pengantin tersebut.