BARU-BARU ini perkahwinan seorang pelakon dan pengacara popular menjadi sebutan ramai apabila bertemakan serba putih dan dihiasi jutaan bunga segar yang sangat cantik, mewah dan elegan.
Bukan hanya itu, busananya yang berinspirasikan Arabian hooded hasil sentuhan pereka fesyen terkenal juga turut menjadi perhatian.
Apa yang menarik perhatian ramai, veil yang digunakan oleh gadis tersebut yang kelihatan sangat unik.
Rupa-rupanya, ia merupakan alas meja jiran sebelah rumahnya!
Menurutnya, pada mulanya dia ada mencuba alas meja lain tetapi fabriknya tak menjadi.
Menjengah ruang komen, rata-rata warganet amat terhibur dengan kesungguhan gadis berkenaan gigih sehingga meminjam alas meja daripada jiran untuk menghasilkan gaya Neelofa.
Baca juga [VIDEO]Ragam 6 anak untuk duduk diam 1 saat, Dr Harlina kongsi sebalik tabir sesi fotografi raya