Keputusan Faizal Tahir undur diri amat tepat, Mirwana imbas kisah 16 tahun lalu

Iklan
Keputusan Faizal Tahir undur diri amat tepat, Mirwana imbas kisah 16 tahun lalu

"KEPUTUSAN Faizal Tahir mengundurkan diri daripada kumpulan Mirwana amat tepat. Jelas ketika itu, Mirwana mempunyai hala tuju muzik, cara dan matlamat yang sedikit berbeza.

"Alhamdulillah nampaknya impian dan hasrat Faizal dengan muzik beliau lebih berhasil dan berjaya apabila diteruskan secara solo dan itu sesuatu yang sukar untuk kami capai bersama," ujar anggota Mirwana, Hafiz, mengimbas kembali cerita tahun 2005 itu.

Iklan
Iklan

Dan kini setelah 16 tahun, peminat dilihat amat teruja dan meninggalkan komen yang baik setelah melihat posting Faizal dan Mirwana di laman media sosial mengenai ‘reunion’ ini.

Bersama dengan Hafiz, Izzat, Akmal dan Along, Faizal Tahir merupakan salah seorang anggota Mirwana dan telah keluar dari kumpulan tersebut pada tahun 2005.

Iklan

Mirwana pula tetap meneruskan perjalanan mereka dan terus bergiat aktif dalam arena nasyid bersama beberapa anggota baharu.

Iklan

Aku Tanpa CintaMu telah membawa tuah kepada kumpulan nasyid Mirwana dan Jay Jay apabila diangkat sebagai Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2005. Alunan melodi yang merdu serta bait-bait lirik yang menyentuh jiwa telah berjaya meletakkan Mirwana sebagai antara kumpulan nasyid paling popular ketika itu.

Baca juga ‘Buka Lembaran Baharu’ rai kempen ramadan raya Astro        

Wakil kumpulan Mirwana, Hafiz pula berkata, yang lebih penting adalah ukhuwah antara kami, keluarga dan sahabat diharap akan lebih erat dan baik.

Lebih menarik lagi, kesemua ahli baharu kumpulan Mirwana iaitu Naim, Faiz dan Ikram turut sama menjayakan muzik video Aku Tanpa CintaMu 2021 yang mengangkat tema dan isu penderaan kanak-kanak.

Aku Tanpa CintaMu 2021 juga telah dimuatkan dalam koleksi audio ‘Qibla’ yang baru dilancarkan oleh Faizal dan syarikat rakamannya, Faithful Music.

Selain itu Faizal turut memuatkan rakaman semula ‘Ceria Aidilfitri’ dan lagu baru berjudul ‘Syahadah’ bersama sepuluh klip audio tadabbur yang dibaca olehnya sendiri.

Semoga lagu Aku Tanpa CintaMu 2021 ini dapat mengubat kerinduan para peminat kumpulan Mirwana dan semoga Ramadan ini memberi makna kepada seluruh umat Islam.

Aku Tanpa CintaMu adalah karya sepenuhnya oleh Mujahid Abdul Wahab manakala sususan muzik versi 2021 ini pula telah digubah oleh Adib Hussin dan Faizal Tahir sendiri. Lagu ini adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.