KEHADIRAN bulan mulia penuh keampunan, Ramadan AlMubarak semestinya dinantikan umat Islam di seluruh dunia.

Tahun ini, Astro turut tidak terkecuali mengalu-alukan kedatangan bulan penuh keberkatan ini dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik merentasi kesemua platform utamanya iaitu televisyen, radio dan digital.

Istimewanya, tahun ini merupakan sambutan ulangtahun ke-25 Astro, justeru, pelbagai program yang menawarkan ganjaran khas buat pelanggan turut dianjurkan demi mengindahkan lagi kempen Ramadan Raya 2021 ini.

Tahun ini, Astro sekali lagi tampil dengan sebuah tema utama dengan mendukung mesej kuat di sebaliknya bagi melatari kempen Ramadan Raya.

Mengangkat tema ‘Buka Lembaran Baharu’, ia dipilih sebagai inspirasi kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyambut bulan puasa dan sambutan Aidilfitri agar dapat membina kembali semangat akibat kesan yang dicetuskan dari pandemik ini, serta turut sama bergandingan membuka kembali lembaran baharu dengan berlapang dada dan menerbitkan perasaan yang mengujakan dalam menanti kedatangan hari lebaran tidak lama lagi.

Astro sekali lagi menampilkan barisan selebriti popular tanah air sebagai sebahagian daripada kolaborasi utama kempen tahun ini.

Iklan

Dikenali sebagai ‘Skuad Lembaran Baharu’, barisan duta yang terpilih ini terdiri daripada gabungan pelakon, penyanyi, hos dan figura yang memiliki bakat yang pelbagai seperti Alif Satar dan Elly Mazlein, usahawan cilik yang kini turut terlibat dengan pentas komedi, Cik B, barisan penyampai radio Astro, Radin (ERA), Dina Nadzir (Sinar), Shah (Gegar), pengacara dan penerbit Gempak TV, Isha Norsham, serta pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana.

Iklan

Pelbagai rancangan menarik juga disusun bermula Mac lalu sehingga penghujung Ramadan ini meliputi drama, komedi, rancangan kanak-kanak dan banyak lagi.

Bagi penonton Astro, jangan lupa temujanji anda bersama Astro, sehingga 12 Mei 2021.