KEJADIAN haiwan berbisa seperti ular banyak dilaporkan memasuki rumah kediaman tidak kiralah di kampung atau bandar.
Ular merupakan reptilia karnivor yang amat digeruni ramai. Jika terserempak, pasti lari bertempiaran.
Jadi, jika habitat mereka bersuhu panas, mereka akan turun dari kawasan bukit mencari kelembapan.
Mungkin itulah faktor utama haiwan itu keluar ke kawasan kediaman kita, contohnya di dalam atau sekitar kawasan rumah.
Oleh itu, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tiga cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa sekiranya berlaku rumah dimasuki ular;
1. Jangan cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.
2. Jangan cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.
3. Jangan cuba menghalau menggunakan peralatan.
Jadi, jangan jadi hero tak bertempat! Sebaiknya korang terus menghubungi anggota penyelamat untuk bantu menangkap ular yang memasuki kediaman.
Baca juga Rebus pelitup muka sebelum memakainya kerana cacing halus? Itu tindakan yang mengarut kata doktor
Sementara itu, ini pula beberapa langkah yang boleh diambil supaya haiwan tidak masuk atau berlindung di kawasan rumah;
- Bersihkan longgokan sampah.
- Pangkas tanaman yang merimbun seperti pokok pandan.
- Tutup lubang yang ada di rumah seperti lubang saliran dan bumbung.
- Pastikan rumah sentiasa harum kerana sifat ular tidak suka pada bauan yang menyengat.
- Bersihkan rumah daripada katak dan tikus kerana itu adalah makanan mereka.
- Pelihara kucing, ular tidak suka pada haiwan yang mencakar seperti ayam dan kucing. Kucing juga boleh beri amaran dan petunjuk kepada kita.
- Tabur sulfur atau belerang sekeliling rumah. Walaupun ada yang mengatakan petua ini mitos namun ada juga yang kata berkesan.
Semoga bermanfaat!