Anak sedih kawan baik tak makan sekali, Datuk Lee Chong Wei terasa bersalah

Iklan
Anak sedih kawan baik tak makan sekali, Datuk Lee Chong Wei terasa bersalah

KEDATANGAN bulan Ramadan merupakan rahmat bagi setiap orang yang beriman.

Di bulan yang mulia ini dibukakan segala pintu-pintu langit, pintu-pintu syurga dan pintu-pintu rahmat.

Iklan
Iklan

Sebagai seorang yang beriman, sudah tentunya kita tidak ingin terlepas segala peluang yang ada.

Lebih-lebih lagi di bulan ini banyak keistimewaan dan ganjaran pahala.

Iklan

Di samping itu, kanak-kanak tidak ketinggalan juga turut berpuasa sama ada didorong oleh ibu bapa ataupun kemahuan mereka sendiri.

Iklan

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Chong Wei menceritakan gelagat anaknya, Kingston Lee yang meluahkan perasaan kecewa tindakan dua rakannya, Syihan dan Amli (bukan nama sebenar) terhadapnya.

Malah, Kingston Lee turut dinasihat guru untuk makan di tempat jauh sedikit dari kawan-kawan.

Sebagai bapa, Chong Wei cuba untuk menjelaskan kekeliruan anaknya itu dengan terang dan jelas.

Chong Wei turut mengatakan anak sulungnya yang berusia 8 tahun itu sudah pandai menunjukkan sikap memberontak apabila dia berang dan bertanya kepada bapanya kenapa dia kena bertolak ansur.

Oleh kerana kata-kata Kingston Lee itu, belum pun sempat Chong Wei marah, satu tamparan terus hinggap ke atas tangan Kingston oleh ibunya, Wong Mew Choo.

Baca juga Penerbangan ditaja sepenuhnya Liga Muslim Sedunia, Dr Zulkifli tampil beri penjelasan

Alahai comelnya! Anak sekecil itu pun dah pandai faham erti kawan baik kan! Lagi pula tidak memilih kaum dan berkawan dengan semua orang.

Terbaiklah Chong Wei dan isteri mengajar anak dan terapkan nilai-nilai murni yang bagus dalam hidup agar sentiasa menghormati agama dan bangsa lain Selain itu, Chong Wei dan keluarga turut mengucapkan Salam Ramadan Kareem kepada semua.