“Tak cukup tenaga boleh ganggu fungsi otak.” Doktor kongsi tip ajar anak kecil puasa

Iklan
Untitled design

Bila anak makin membesar, ibu ayah akan mula mendidik  untuk sama-sama menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa. Alahai seronoknya sahur dan berbuka bersama-sama! Itulah kenangan manis yang bakal terpahat dalam ingatan.

Adakah kita sebagai ibu bapa benar-benar menyediakan dirinya untuk berpuasa? Adakah betul caranya atau pun ia terlalu awal?

Iklan
Iklan

Perkongsian daripada Dr Mohd Izzar Anwari, suami kepada pelakon Ummi Nazeera ini diharapkan membuka mata ibu bapa tentang kesan sekiranya anak dipaksa puasa tanpa persediaan sahur yang penuh nutrien. Malah memaksa anak berpuasa pada usia terlalu kecil tanpa tenaga dan air cukup boleh mengganggu fungsi otaknya!

Puasa tidak salah, jangan sampai mudarat

Iklan

"Para ulama memang sudah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tidak salah, tapi janganlah sampai memudaratkan anak,” kongsi Dr Izzar di Instagram.

Ganggu fungsi otak anak kecil

Iklan

Beliau turut memberitahu keperluan tenaga dan perkembangan seorang anak kecil yang perlu diambil kira sebelum disuruh puasa penuh.

"Anak-anak kecil mempunyai keperluan metabolisme yang tinggi serta tidak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan atau minum.

"Takut kalau disuruh juga anak-anak kecil itu berpuasa penuh, dia tidak mempunyai cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak,” katanya.

Artikel lain: Bila Puasa Susu Makin Sikit, Ibu Jadi Letih Melampau. Atasi Dengan 11 Saranan Kaunselor Laktasi Ini

Boleh jadi marah-marah

Anak kecil mungkin berdepan emosi tidak stabil ekoran daripada tekanan yang dihadapi. Dr Izzar mencadangkan agar puasa beberapa jam sudah memadai bagi si kecil supaya momen indah Ramadan dan rasa kebersamaan dapat dirasai.

"Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah-marah sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak ajar anak berpuasa, janganlah letakkan harapan untuk mereka berpuasa seharian.

"Untuk anak kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam sudah. Supaya mereka ada rasa kebersamaan tu. Ya lah, feeling sahur dengan famili sekali, berbuka sekali, itu yang anak-anak suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau mula dari jam 3 petang sampai berbuka ke.

Tip latih anak kecil puasa

Dr Izzar juga turut berkongsi beberapa tip yang perlu diikuti ibu bapa yang baru melatih si kecil berpuasa.

• Jangan beri makanan bergula tinggi atau. Nanti ia akan menimbulkan rasa ketagihan (craving) dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak.

• Elakkan makanan masin untuk mengurangkan rasa dahaga.

• Usah paksa anak untuk makan berlebihan untuk menggantikan kekurangan kalori. Makan berlebihan atau overeating akan menyebabkan mereka alami ketidakhadaman, kembung dan rasa tidak selesa. Sebab itu jika makan, kena berhenti makan sebelum kenyang.

• Air berkarbonat, makanan pedas, dan makanan goreng atau berminyak juga perlu dijauhi untuk mengurangkan masalah pencernaan.

Diharapkan latihan berpuasa buat si kecil mendapat sokongan padu daripada ibu bapa. Teliti terlebih dahulu usia mereka dan sediakan tempoh puasa yang sesuai. Persiapan sahur dan menyajikan sajian seimbang amatlah perlu dititik beratkan.

Sumber: Dr Izzar