Polis buru penerbit dan pelakon terlibat video promosi judi online

Iklan
Polis buru penerbit dan pelakon terlibat video promosi judi online

HARI ini tular di media sosial sebuah klip video iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian.

Menerusi video tersebut, ia mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi perbelanjaan hari raya.

Iklan
Iklan

Iklan

Video berdurasi dua minit dan satu saat itu dikeluarkan sebuah syarikat perjudian yang memaparkan beberapa pelakon dipercayai beragama Islam.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengatakan isi kandungan video tersebut didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Iklan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video tersebut.

Sementara itu, menurutnya, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga akan dihubungi bagi membantu siasatan.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan video tersebut melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaram awam.

Artikel berkaitan: Klip video lagu raya ajak judi online undang amarah orang ramai

Alhamdulillah, pihak berkuasa telah mengambil tindakan. Semoga tiada lagi kejadian seumpama berlaku selepas ini.

Sama-sama kita menjaga sensitiviti setiap bangsa dan agama.