APABILA dengar sahaja lagu raya Aidilfitri, timbul perasaan bercampur baur.

Sedih kerana Ramadan semakin meninggalkan kita selain seronok terkenang kisah lalu zaman remaja dan kanak-kanak.

Pasti segala memori indah itu akan menjelma. Tambah lagi teringat wajah ibu ayah di kampung halaman.

Biasanya lagu-lagu raya lejen yang sangat menyentuh hati apabila mendengarnya seperti Balik Kampung nyanyian Sudirman Haji Arshad, Dendang Perantau – P Ramlee, Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza dan sebagainya.

Namun lain sedikit dengan kemunculan baharu sebuah iklan yang melibatkan lagu raya ini.

Iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian itu mengundang amarah ramai apabila menggunakan lagu hari raya Aildilfitri sebagai muzik latar yang menyinggung sensitiviti umat Islam.

Klip video lagu raya ajak judi online undang amarah orang ramai

Video berdurasi dua minit itu dikeluarkan sebuah syarikat perjudian yang memaparkan beberapa pelakon dipercayai beragama Islam.

Menerusi bait-bait liriknya, ia mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi perbelanjaan hari raya.

Difahamkan, video tersebut telah dimuat naik di saluran YouTube seminggu yang lalu namun kini banyak dikongsi di media sosial yang lain.

Iklan

Hasil pemerhatian, rata-rata warganet marah dengan tindakan syarikat berkenaan yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.

Klip video lagu raya ajak judi online undang amarah orang ramai

Iklan

Asyiqin Abdullah – Benda apa aku tengok ni. Terang-terang yang sambut raya orang Islam. Orang Islam mana main judi.

Apa punya target audience and customer yang diorang cari ni.

Baca juga “Tak cukup tenaga boleh ganggu fungsi otak.” Doktor kongsi tip ajar anak kecil puasa

Nik Rashdan – Apa nak hairan dari dahulu menggunakan orang Islam sendiri memujuk dan menentang sesama bangsa.

Saddiq Zikri – Aktor yang shoot video lagu ni kalau aku jumpa memang aku pang sedaih! Dah hang taw judi tu haram hang p amik job berjoget dalam klip video raya judi tu buat apa!

Mahadi Rahman – Aduihai… yang berlakon pun satu hal. Tak rasa bersalah langsung. Habis puasa sebulan menjawab di akhirat nanti.

Semoga pihak berkuasa turut peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan perkara seumpama ini.