Website palsu curi data pengguna! Maybank beri amaran hati-hati

Iklan
security-researcher-targets-scammers

BAGI mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan bank secara online, adalah dinasihatkan untuk lebih berhati-hati.

Ini kerana scammer yang cuba mengambil kesempatan untuk merembat wang dalam akaun bank dengan pelbagai helah dan tipu daya sentiasa ada.

Iklan
Iklan

Terbaharu, Maybank Berhad yang mengatakan website Maybank2u telah dipalsukan!

Iklan

Melalui perkongsian itu, pihak Maybank telah menerima laporan berkaitan website palsu Maybank2u yang telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menrutnya, website tersebut dicipta untuk menipu mangsa bagi mendapatkan maklumat perbankan termasuk username dan password.

Iklan

Katanya, scammer mencipta sebuah website (phishing site) yang hampir sama dengan website sebenar seperti Maybank2u dan jika ada pengguna yang klik atau Login pada website tersebut, pastinya maklumat perbankan akan terdedah kepada si penipu tersebut. Ianya dipanggil teknik Phising.

Maybank turut mengingatkan kepada pengguna, pihaknya tidak pernah sesekali menghantar SMS, Emel atau Whatsapp bersama-sama pautan yang meminta pengguna untuk kemaskini maklumat akaun Maybank2u.

Jika korang menjadi mangsa, sila hubungi pihak Maybank secepat mungkin di talian 03-5891 4744 untuk bantuan.

Baca juga Polis buru penerbit dan pelakon terlibat video promosi judi online

Maklumkan juga kepada ibu bapa atau kenalan korang yang lain berkaitan scammer online ini.

Nombor TAC adalah nombor pengesahan 'transfer' duit dari akaun kita kepada akaun orang lain. Bukannya akaun orang lain kepada akaun kita.

Jika ada nombor TAC tiba-tiba masuk ke dalam telefon kita, itu bermakna akaun bank kita telah diceroboh oleh scammer. Jadi, cepat-cepat hubungi pihak bank.

Semoga bermanfaat!