Polis buru penerbit dan pelakon terlibat video promosi judi online

Polis buru penerbit dan pelakon terlibat video promosi judi online
Polis buru penerbit dan pelakon terlibat video promosi judi online
A
A
A

HARI ini tular di media sosial sebuah klip video iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian.

Menerusi video tersebut, ia mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi perbelanjaan hari raya.

Iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian itu mengundang amarah ramai apabila menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar yang menyinggung sensitiviti umat Islam.

Klip video lagu raya ajak judi online undang amarah orang ramai

Video berdurasi dua minit dan satu saat itu dikeluarkan sebuah syarikat perjudian yang memaparkan beberapa pelakon dipercayai beragama Islam.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengatakan isi kandungan video tersebut didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video tersebut.

"Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video berkenaan.

"Mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka," katanya.

Klip video lagu raya ajak judi online undang amarah orang ramai

Sementara itu, menurutnya, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga akan dihubungi bagi membantu siasatan.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan video tersebut melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaram awam.

Artikel berkaitan: Klip video lagu raya ajak judi online undang amarah orang ramai

Terdahulu, video yang mengajak orang ramai menggandakan wang bagi mencari duit persiapan raya itu telah dimuat naik di saluran YouTube seminggu yang lalu.

Alhamdulillah, pihak berkuasa telah mengambil tindakan. Semoga tiada lagi kejadian seumpama berlaku selepas ini.

Sama-sama kita menjaga sensitiviti setiap bangsa dan agama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca