“Anak isteri patah hati bawa diri.” 1001 cerita pilu di sebalik kejayaan beli rumah lelong

Iklan
gambar sekadar hiasan (4)

Tiada siapa yang mahu kehilangan rumah yang sedang dihuni. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkeluarga. Ke mana lagi kaki akan melangkah tanpa tempat berteduh.

Namun dek ujian hidup, perkara ini terpaksa juga didepani. Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini mendedahkan kisah sebenar berlaku di sebalik rumah lelong yang mungkin menyaksikan derita dan deraian air mata.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_43278" width="1024"] Gambar hiasan[/caption]

Perabot dan barang masih ada

Iklan

Apa yang terpapar dalam foto rakam layar Tiktok ini ialah rumah yang masih penuh dengan perabot serta barang keperluan sebuah keluarga. Nampak segar, seolah-olah ia masih lagi sedang dihuni. Mungkin juga ia menunjukkan penghuni tidak bersedia atau tergesa-gesa berpindah keluar.

"Inilah jadinya bila rumah kena lelong. Bayangkan barang-barang semua masih ada macam baru semalam mereka keluar dari rumah tu.

Iklan

"Mungkin notis dah lama diberi tapi tidak mampu nak cari rumah lain. Akhirnya mereka terpaksa keluar tanpa sebarang persediaan untuk pindah barang,” kongsi Akhtar.

Disebalik kejayaan membida, tersembunyi sejarah yang perit

Ketiga-tiga sebab ini sangat menyedihkan. Ini kerana ada yang merana disebabkannya. Hakikatnya di sebalik kejayaan membida rumah lelong, tersembunyi penyeksaan dan sejarah perit.

Ujian berat

Kata Akhtar, mungkin rumah itu pernah menyaksikan kebahagiaan. Gelak tawa suami isteri serta anak-anak. Boleh jadi pernah berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan perpisahan atau kemungkinan tersembunyi satu penyeksaan. Atau mungkin kesusahan dan perit getir untuk meneruskan kehidupan tetapi berakhir dengan rumah dilelong.

"Bersyukur dan sayangilah apa yang kita ada sekarang. Mungkin esok lusa ianya akan hilang. Mungkin kita terlupa untuk menjaga hati yang tersayang atau mungkin ujian hidup yang teruk bakal mengetuk pintu rumah kita,” kongsi Akhtar.

Tiada siapa pinta rumah dilelong

Keadaan yang perit dan tersepit sebegini tiada siapa pun pinta. Kesulitan melalui liku-liku hidup seperti perpisahan, kehilangan pekerjaan atau tiada punca pendapatan antara dugaan yang boleh terjadi yang membawa kepada kehilangan mahligai yang dimiliki.

"Semoga dijauhkan ujian atau akibat seperti ini daripada keluarga kita semua. Ada antara sebab yang kita tidak boleh kawal. Tiada siapa minta untuk dibuang kerja. Tiada siapa minta untuk hidup susah. Tiada siapa juga minta untuk meninggal dunia. Tapi ada sebab yang kita boleh bersedia dengan hibah.

"Jika ada hibah, mungkin hutang itu boleh diselesaikan. Tetapi, jika disebabkan perpisahan, amatlah menyedihkan.

"Cuba bayangkan keadaan mereka yang terpaksa keluar dari rumah tergopoh-gapah tanpa sempat pindah barang macam ini? Kalau ada anak kecil macam mana? Allah kesiannya. Semoga dipermudahkan urusan mereka,” tulis Akhtar.

Artikel berkaitan: Rumah Sempit Ala Muzium Berusia 160 Tahun Dijual RM1.37 Juta

Berhati mulia

Dalam video yang dikongsikan mendedahkan walau pun barangan di dalam rumah berkenaan adalah sepatutnya menjadi hak miliknya, pemilik baru rumah berkenaan berhati mulia menyerahkan kembali perabot dan barangan di dalam rumah tersebut kepada pemilik asal.

Semoga sesiapa sahaja yang sedang melalui keadaan sukar dipermudahkan urusan. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata tentang kemanusiaan dan empati sesama insan.

https://www.tiktok.com/@sharizaabdlatif/video/6934712903383698689?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6951553547997578754

Sumber: BroOhsem dan Shazira Abdul Latif