SEBUAH rumah sempit dengan ruang dalaman seperti muzium bakal dilelong dengan harga £ 250,000 (RM1.37 juta) selepas 83 tahun penghuninya menetap di situ.

Lapor The Sun, rumah yang terletak di Southampton itu dipercayai telah berusia 160 tahun dan dipenuhi dengan barang sejarah Perang Dunia Kedua dan ia adalah permata tersembunyi.

Menurutnya, rumah tiga tingkat itu memiliki tiga bilik tidur, tandas, dapur dan empat ruang khas.

Pemiliknya dikenali Ernie Bartlett, 83, telah tinggal di rumah itu daripada ibunya sejak tahun 1964.

Menurut anak saudara Ernie, Dean Jones, rumah itu menjadi milik keluarga Bartlett sejak sekitar 100 tahun dahulu dan mengatakan ia mungkin dibina sekitar tahun 1860.

Dean turut mengakui dia juga mempunyai kenangan indah ketika kecil di rumah tersebut dan mengatakan ia seperti sebuah negeri ajaib.

Baca juga Gadis 16 tahun buat duit lebih RM16 juta dengan TikTok

Tambahnya, tempat penginapan ini mempunyai sejarah berpuluh-puluh tahun termasuk tiang putih di bahagian depan rumah.

Iklan

“Anda masih dapat melihat tiang putih itu seperti tempat berlindung ketika perang.

“Pak cik turut suka mengumpul alatan askar, kapal, kereta api dan kereta. Rumah ini seperti muzium,” katanya.

Rumah itu kelihatan agak unik kerana jika lihat bahagian depan seperti hanya sebuah rumah sempit namun pemandangan dari belakang, sebenarnya terdapat tiga tingkat.

Bahagian dalam rumah dilengkapi dengan sofa bermotif bunga, peralatan lama dan permaidani berwarna-warni.

Iklan

Tingkat pertama mempunyai ruang khas dan ruang simpanan, tingkat kedua juga ada ruang khas serta dapur kecil serta di tingkat paling atas mempunyai tiga bilik tidur dan bilik mandi.

Rumah ini hanya 20 minit berjalan kaki ke pusat Southampton.