Cukup sepasang. Aafiyah kini kakak, Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua

Iklan
gambar sekadar hiasan (7)

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki seberat 3.84kg.

Cahaya mata keduanya itu dilahirkan menerusi pembedahan. Pihak pengurusan Siti Nurhaliza Production mengumumkan berita gembira itu menerusi Instagram.

Iklan
Iklan

Siti dan bayi sihat

Iklan

Melalui hantaran Instagram tersebut, dimaklumkan Siti dan bayinya dalam keadaan sihat. Suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad atau Datuk K menzahirkan kesyukuran kerana proses kelahiran yang lancar dan selamat.

Iklan

"Suami beliau, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

"Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.”

Artikel berkaitan: ‘Saya Tetap Rasa Gementar…’ – Siti Nurhaliza Bakal Bersalin Awal Ramadan

Syukur dan terima kasih

Datuk K menyifatkan kelahiran putera kedua mereka penuh keberkatan tatkala dilahirkan di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

"Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Tahniah diucapkan dari team Sinar Plus atas kelahiran bayi yang dinanti-nantikan ini. Semoga Datuk Sri Siti Nurhaliza selamat menjalani fasa berpantang dan pulih semula.

Sumber: ctdk dan asyrafkhalid