PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 42, memaklumkan dia bakal melahirkan cahaya mata keduanya pada awal Ramadan ini.

Siti berkata, dia kini sedang menyelesaikan semua kerjanya sebelum bersalin dan bercuti panjang.

“Saya akan menyelesaikan semua kerja saya sebelum berehat panjang. Ini juga merupakan antara majlis terakhir sebelum bersalin.

“Insya-Allah tak lama sangat lagi, saya akan berehat untuk bersalin. Doakan semoga proses bersalin saya berjalan dengan lancar,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk emas edisi khas Jubli Perak Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama YaPEIM.

Siti Nurhaliza imbas pengalaman nyanyi di berek polis

Tambah isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu, walaupun pernah melalui proses bersalin sebelum ini, namun beliau percaya pengalaman setiap ibu itu berbeza.

Baca juga Konsert Kita RTM Gemilang Selamanya rai ulangtahun berganda

Iklan

“Walaupun pernah bersalin sebelum ini, tetapi saya percaya setiap ibu itu melalui pengalaman berbeza.

“Jadi sebab itu saya tetap rasa gementar untuk melalui proses bersalin sekali lagi,” katanya.

Terdahulu pada 1 Disember 2020, pelatun Anta Pemana itu mengumumkan hamil anak kedua.

Iklan

Siti yang mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 turut dikurniakan seorang puteri, Siti Aafiyah yang kini berusia 3 tahun.