Gadis jumpa ibu bapa di pintu sempadan bikin warganet sebak

Iklan
Gadis jumpa ibu bapa di pintu sempadan bikin warganet sebak

UMUM sedia maklum bahawa negara kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memerangi Covid-19 yang mana sehingga kini aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan.

Iklan
Iklan

Tambah lagi sekarang kita sedang menempuh bulan mulia Ramadan dan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Hanya yang melaluinya sahaja tahu bagaimana peritnya perasaan itu.

Iklan

Mungkin bagi yang telah mengambil peluang untuk menjenguk ibu ayah di kampung ketika rentas negeri dibuka suatu ketika lalu tidaklah begitu terkesan namun bagi yang tidak berkesempatan, hanya Tuhan yang mengetahuinya.

Iklan

Difahamkan gadis itu sudah lama tidak berjumpa dengan ibu bapanya dan tidak boleh pulang ke kampung halaman.

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Nur Nadiatul Farisya itu memaparkan luahan rindunya apabila dapat melihat kedua orang tuanya di pintu sempadan secara jauh.

Gadis berkenaan berkongsi pertemuannya yang sangat bermakna itu di laman TikTok miliknya.

Ibu bapa gadis berkenaan dilihat berjalan menghampiri sekatan jalan raya yang melibatkan negeri Perlis dan Kedah.

Lagi menyentuh perasaan apabila kelihatan juga si ibu siap membawa buah tangan hasil masakan untuk anak tercinta.

Perkongsian itu ternyata membuatkan ramai sebak dan mengalirkan air mata.

Baca juga Persis Uqasha Senrose, Che Nom dedah wajah buat peminat teruja

Rata-rata warganet meninggalkan komen perasaan sebak melihat kegigihan ibu bapa berkenaan sanggup berjumpa anak mereka di sempadan negeri walaupun hanya sekejap sahaja.

Alhamdulillah! Syukur dapat jumpa mak ayah walaupun secara jarak jauh. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit

kerinduan.