Padah langgar belakang kereta dan samun, 4 lelaki diberkas

Iklan
Padah langgar belakang kereta dan samun, 4 lelaki diberkas

SUSULAN sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan lelaki menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya, polis akhirnya berjaya memberkas empat individu.

Individu tersebut disyaki terbabit dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan di Taman Sentosa, Klang semalam seperti dalam video yang tersebar.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.40 petang melibatkan dua mangsa.

Iklan

Menurutnya lagi, kesemua suspek telah berjaya ditahan dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Iklan

Terdahulu, video berdurasi 24 saat itu tular menunjukkan empat lelaki secara agresif menyerang kenderaan mangsa menggunakan beberapa senjata, antaranya pemberat besi dan kayu.

Baca juga Bagaimana mahu pasti kita minum 8 gelas sehari semasa Ramadan? Ini caranya

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan;

1. Sentiasa bersedia jika diekori oleh kenderaan yang mencurigakan.

2. Jika mengesyaki diekori, terus menghubungi polis atau segera memandu ke balai polis berhampiran.

3. Jangan lakukan sebarang tindakan tidak bijak seperti cuba melawan penjenayah.

4. Kenal pasti jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina suspek.

Elak menjadi mangsa langgar dan samun. Pastikan kenderaan tidak diekori.