Baru 11 tahun tapi dah murung teruk. Dihambur dengan bahasa kesat ketika PDPR jadi punca

Iklan
buli

ISU buli kian membarah dalam masyarakat. Kalau korang perasan, akhir-akhir ini, kejadian buli menjadi semakin berleluasa terutama dalam kalangan remaja.

Sebagai remaja yang membesar pada zaman teknologi moden, mereka seharusnya lebih bijak berfikir secara rasional dan membuat pertimbangan baik buruk sesuatu tindakan yang dilakukan.

Iklan
Iklan

Buli boleh memberikan kesan yang parah kepada mangsanya sama ada dari segi mental dan fizikal. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menangani isu buli ini?

Walaupun ibu bapa seharusnya memantau perlakuan dan pergerakan anak, tidak semua mampu untk bersama dan mengawasi anak mereka 24 jam sehari.

Iklan

 

Iklan

 

Hal ini yang terjadi kepada seorang mangsa buli yang menghadapi tekanan perasaan akibat dibuli di sekolah. Melalui bual bicara di KoolFM, anak kepada seorang ibu bernama Aisyah yang berumur 11 tahun mengalami kemurungan atau depression akibat dibuli sejak dua tahun yang lalu.

Menurut Aisyah, dia hanya mengetahu mengenai kejadian ini apabila tular di aplikasi TikTok pembuli tersebut memanggil anaknya dengan perkataan kesat.

Ibu ini tidak hanya membiarkan perkara itu berlalu, Aisyah segera menghubungi ibu bapa pelajar tersebut namun tidak mendapat respon daripada mereka walaupun segala bukti sudah ditunjukkan.

Justeru, beliau berharap ibu bapa pelajar tersebut dapat menasihati anak mereka dan mengambil langkah untuk memastikan anaknya tidak bersekolah bersama pelajar tersebut ketika memasuki sekolah menengah nanti.

Undang-undang yang lebih spesifik mengenai buli perlu dibangunkan sebagai memberi gambaran membuli adalah salah satu jenayah yang serius.

 

Baca juga: Padah langgar belakang kereta dan samun, 4 lelaki diberkas

 

Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Dalam membendung perbuatan buli, perkara utama ialah mengenalpasti penyebabnya kerana dengan hanya mengetahui puncanya kita boleh mencegah.

Ketahuilah bahawa perbuatan membuli akan menghancurkan. Tidak sekadar menyebabkan tekanan emosi dan kecederaan fizikal kepada mangsanya, ia juga menggugat masa depan dan menimbulkan trauma yang berpanjangan.

Jauhilah buli. Ayuh kita membina masyarakat yang berakhlak mulia dan beradab dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan.

 

Sumber: ?s=20">KoolFM