Padah langgar belakang kereta dan samun, 4 lelaki diberkas

A
A
A

SUSULAN sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan lelaki menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya, polis akhirnya berjaya memberkas empat individu.

Individu tersebut disyaki terbabit dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan di Taman Sentosa, Klang semalam seperti dalam video yang tersebar.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.40 petang melibatkan dua mangsa.

"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa bersama sepupunya dilanggar dari belakang oleh kereta dinaiki empat suspek.

"Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta dan menarik mangsa keluar dari kenderaan lalu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu.

"Suspek turut merampas telefon bimbit milik sepupu mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

tangkap, berkas, gari

Menurutnya lagi, kesemua suspek telah berjaya ditahan dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Terdahulu, video berdurasi 24 saat itu tular menunjukkan empat lelaki secara agresif menyerang kenderaan mangsa menggunakan beberapa senjata, antaranya pemberat besi dan kayu.

Baca juga Bagaimana mahu pasti kita minum 8 gelas sehari semasa Ramadan? Ini caranya

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan;

1. Sentiasa bersedia jika diekori oleh kenderaan yang mencurigakan.

2. Jika mengesyaki diekori, terus menghubungi polis atau segera memandu ke balai polis berhampiran.

3. Jangan lakukan sebarang tindakan tidak bijak seperti cuba melawan penjenayah.

4. Kenal pasti jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina suspek.

Elak menjadi mangsa langgar dan samun. Pastikan kenderaan tidak diekori.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca