ISU pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 di kalangan individu terkenal sentiasa menjadi buah mulut warganet di laman sosial.
Ada yang diberikan saman atau kompaun secara terus dan ada yang didakwa sudah berminggu-minggu kejadian namun masih lagi dalam siasatan.
Antaranya pelanggaran SOP tetamu di majlis perkahwinan selebriti terkenal, aktiviti rentas negeri yang dikatakan berbulan madu dan terbaharu pelajar Matrikulasi dikompaun RM1,500.
Disebabkan itu, ramai antara mereka mempersoalkan tentang perbezaan tindakan pihak berkuasa berikan kepada kes-kes sebegitu.
Bagi menjawab persoalan tersebut, seorang peguam, Tuan Mufarwa Farid berkongsi sebab-sebab berlakunya perbezaan antara diberi saman terus dan juga kes yang dibuka kertas siasatan.
Kongsi beliau di laman Facebook, ‘saman’ yang dikenakan itu bukannya saman, tapi ia adalah kompaun.
Menurutnya, jika pegawai polis atau kesihatan yang nampak secara bersemuka kita melanggar SOP, mereka berhak terus memberi kompaun.
Ujar beliau, kita sebagai orang awam boleh membuat laporan polis.
Semoga orang ramai maklum dan faham dengan penjelasan diberikan beliau.
Teruslah kita menjadi SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kembali meningkat ini.
Sumber: Mufarwa Farid