TIDAK lama lagi, kita akan menyambut 1 Syawal yang indah setelah sebulan berpuasa.

Namun, nampaknya tahun ini kita terpaksa sekali lagi merasai sambutan Hari Raya Aildilfitri di kota raya tanpa pulang ke kampung halaman.

Ini berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan pihaknya hanya akan meluluskan pergerakan rentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja dengan enam alasan yang dipertimbangkan.

Alasan itu melibatkan membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, langkah mengetatkan syarat permohonan itu diambil susulan peningkatan kes baharu positif Covid-19 sejak lima hari lalu.

Katanya, permohonan untuk pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan selain hal kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).

“Hanya enam alasan dipertimbangkan untuk diberi kelulusan dan pemohon hanya boleh merentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja.

“Permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan dilarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas

Kata Acryl Sani, ia berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.

Iklan

“Semua ketua polis daerah (KPD) dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke lapangan bagi menangani isu ketidakpatuhan SOP masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam.

“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan terbabit dihentikan,” tegasnya.

rentas

Justeru, sama-samalah kita mendoakan kes jangkitan Covid-19 ini akan berkurangan serta sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.

Iklan

Moga kita semua juga tabah dan sabar mengharungi dugaan Aildilfitri di rantauan.