SETELAH orang ramai telah menerima bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Fasa 1) yang diagihkan secara berperingkat mulai 24 Februari lalu, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang bayaran Fasa Kedua (Fasa 2).
Menurut kenyataan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Kewangan yang terkini, bayaran BPR Fasa 2 dijangka akan dibuat mulai awal bulan Mei 2021 ini.
Jumlah baki Bayaran BPR Fasa 2;
Baki bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 ini berbeza mengikut kategori bujang, isi rumah dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga.
Jumlah bayaran yang akan diterima boleh dirujuk melalui jadual di bawah ini.
Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa 1 telah menerima jumlah bayaran berikut;
Kategori Isi Rumah : RM300
Kategori Bujang: RM150
Bagi yang masih belum menerima bayaran BPR Fasa 1 tempoh hari, korang boleh membuat panggilan terus ke LHDN atau membuat semakan status secara online mengikut langkah di bawah;
1. Layari portal rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
3. Tekan butang ‘Semak Status’
4. Status bayaran atau permohonan akan dipaparkan.
Baca juga SOP diperketat. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah tidak dibenar ke bazar Ramadan di Selangor
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi BPR LHDNM di https://bpr.hasil.gov.my; atau hubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747.
Alhamdulillah! Dapat juga buat perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: eCentral