PENINGKATAN angka kes baru Covid-19 di negeri Selangor amat membimbangkan. Ekoran daripada itu, kerajaan Selangor mengambil langkah untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan dengan tidak membenarkan pengunjung membawa kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah ke tapak tersebut.

Menurut Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan memaklumkan perkara tersebut diputuskan selepas bermesyuarat bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkenaan SOP di bazar Ramadan Ahad lalu.

Sekadar gambar hiasan.

Artikel berkaitan: Bazar Ramadan Dilanda Ribut, Ustaz Ebit Beri 7 Khemah Baru, Bantu Borong Makanan

Kata Mohd Rashidi, SOP berkenaan diperketatkan selepas membuat tinjauan pada minggu pertama Ramadan. Menerusi tinjauan ini, pihaknya mendapati pengunjung tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Selain itu, pihaknya bertemu dengan para operator bazar semalam untuk menggunakan sistem penomboran di semua bazar bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini bertujuan untuk mengelakkan operasi di tapak tersebut menjadi terlalu padat.

Iklan
Sekadar gambar hiasan

“Kami mohon kerjasama daripada semua pengunjung untuk bersabar tapi inilah yang kita perlu lalui ketika negara dilanda Covid-19 untuk memastikan agar kluster baharu daripada bazar Ramadan tidak wujud,” katanya.

Diharapkan dengan SOP yang diperketatkan ini kes positif di negeri ini akan menurun. Mari sama-sama kita berganding bahu memerangi Covid-19. Kita jaga kita.

Iklan

Artikel berkaitan: Masak Sate Ala Bazar Ramadan, Tak Perlu Bakar Atas Arang, Hanya Guna Kuali