AMALAN kebajikan merupakan suatu perkara baik yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh semua umat manusia.
Ini kerana amalan kebajikan yang diseru oleh Allah itu termasuk semua amalan yang baik dan menjangkau semua amal soleh.
Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, bulan yang terbaik bagi seorang hamba yang mahu melipat gandakan amalan soleh. Rebutlah peluang sebaiknya dengan memperbanyakkan amal dan doa.
Menerusi kerjasama dengan Shopee untuk tahun kedua, MILO®️meneruskan platform #SkuadKebaikanMILO yang dilancarkan tahun lalu menyatukan rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan agar mereka juga memperoleh manfaat kebaikan dan khasiat.
Menurut Pengurus Pemasaran Pengguna - MILO®️, Nestlé (Malaysia) Berhad, Maria Murni Nur Azmi berkata pihaknya memahami bahawa penjarakan fizikal bukanlah penghalang untuk rakyat Malaysia berbuat baik antara satu sama lain.
Menerusi #SkuadKebaikanMILO, orang ramai boleh menyumbang dengan pembelian mana-mana empat pek ‘bundle’ yang mengandungi serbuk MILO®️ serta produk Nestlé lain yang bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu.
Semua pembelian pek ‘bundle’ ini akan didermakan kepada tujuh pertubuhan kebajikan yang menyantuni komuniti B40, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim di seluruh negara.
Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah Human Aid Selangor, Kuching Food Aid, The Lost Food Project, Malaysian Relief Aid, Food Aid Foundation dan Yayasan Persona, serta penghuni-penghuni Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 di Subang Jaya, Selangor yang terpilih menerusi kerjasama dengan ASTRO.
Menariknya, selain pek ‘bundle’, bagi setiap pembelian 1 unit produk MILO®️ yang terpilih menerusi Kedai Dalam Talian Nestlé di Shopee Malaysia, RM1 berupa produk Nestlé yang terpilih turut akan disumbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama.
Menurut Murni, kempen #SkuadKebaikanMILO pada tahun lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Baca juga Jangan lepaskan promosi menarik Eat Cake Today sepanjang Ramadan dan Hari Ibu
Ayuh beramal bersama #SkuadKebaikanMILO agar mereka yang memerlukan dapat menzahirkan tenaga harian sepanjang Ramadan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh melayari https://www.milo.com.my/skuadkebaikan-milo. Kempen berlangsung dari 5 April 2021 hingga 10 Mei 2021.
Selamat Beramal! Semoga Ramadan kita kali ini lebih baik daripada sebelumnya.