'Terima kasih kepada semua...' - Janna Nick dapat sokongan ramai

Iklan
Untitled design - 2021-04-24T145317.191

PELAKON dan pengacara, Janna Nick, berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kata-kata semangat sama ada menerusi ruangan komen atau menghantar mesej peribadi di media sosialnya.

Janna, 26, yang mendedahkan menghadapi masalah gangguan bipolar pada Khamis berkata, sokongan yang diberikan itu membuatkan dia tidak merasa keseorangan.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dengan berkongsi kata-kata semangat dan pengalaman mereka.

"Meneliti semua komen dan DM (direct message), ia sangat membantu saya.

Iklan

"Rasa sangat bagus apabila mengetahui saya tidak bersendirian dalam perkara ini dan ada orang lain yang mengalami perkara sama seperti saya.

"Mari terus bersama di antara satu sama lain dan terus kuat," tulisnya menerusi ruangan Insta Story di Instagram miliknya.

Iklan

Janna sebelum ini mengakui mengalami masalah tekanan sehingga mendorongnya untuk cuba membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun.

Dia yang kini sudah mendapatkan rawatan dan mengambil ubat bagi meredakan gangguan yang dihidapinya.

ARTIKEL BERKAITAN Janna Nick Dedah Hidap Gangguan Bipolar