SEBELUM ini negara digemparkan dengan seorang remaja berusia 18 tahun 'diratah' bapa dan tiga abang kandung di Tanjung Minyak, Melaka.
Remaja tersebut dipercayai menjadi mangsa perbuatan rogol dan liwat.
Bagaimanapun, ‘Neraka dunia’ selama setahun itu berakhir apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan polis Khamis lalu.
Semoga mendapat keadilan sewajarnya!
Namun berbeza dengan apa yang terjadi kepada seorang pelajar perempuan ini pula.
Pelajar dikenali bernama Ain menerusi aplikasi TikTok mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika di dalam kelas semasa membincangkan isu gangguan seksual ketika subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolahnya.
Menurutnya, pada awal sesi pembelajaran itu berjalan dengan baik sehinggalah guru berkenaan mula membuat lawak-lawak lucah yang membuatkan pelajar perempuan terdiam, manakala pelajar lelaki pula ketawa kerana merasakan ianya kelakar.
Sehubungan itu, bapa kepada pelajar berkenaan membuat laporan polis terhadap guru tersebut di Balai Polis Saujana Utama.
Difahamkan, pelajar berkenaan turut menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata akan menyiasat laporan seorang remaja yang mendakwa guru Pendidikan Jasmani bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.
Katanya, mangsa yang berumur 16 tahun itu membuat laporan polis ekoran kejadian tersebut telah mendatangkan kegusaran dan perasaan tidak senang hati kepadanya.
Menurutnya, sehubungan itu, polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dibuat dan akan memanggil saksi terlibat untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan.
Pendedahan Ain itu telah menarik perhatian dan turut mengundang amarah ramai, antaranya;
"Dakwaan jenaka rogol oleh seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Selangor pada minggu lalu adalah serius bukan jenaka. Guru sepatutnya memberi contoh yang baik, lebih peka dan sensitif semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Siasatan dan tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku. Guru juga perlu mematuhi batas bersama pelajar dan perlu mengelakkan daripada melakukan jenaka yang tidak menyenangkan. Saya berharap pihak sekolah mengingatkan guru dan kaunselor agar lebih bertanggungjawab dan profesional dalam menjalankan tugas."
- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin.
"Adalah tidak wajar juga apabila seorang guru lelaki menunjukkan akhlak yang sebegitu seolah-olah"mengajar” pelajar-pelajar lelaki yang ada bersama-samanya ketika itu dengan bahasa-bahasa lucah, menunjukkan sikap tidak hormat kepada wanita apatah lagi 'membolehkan' jenayah rogol walaupun dalam bentuk gurauan. Moga pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas guru yang terlibat jika terbukti sahih."
- Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Rogol bukanlah jenaka dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya. Minta pengetua sekolah pelajar ini melihat isu tersebut secara serius dan siasat apa yang didakwa dan guru yang terlibat. Rogol bukan bahawa lawak dan guru harus menitipkan soal keselamatan, bukan sebaliknya."
- Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malek.
"Psssst! Listen here. You do not joke about rape. Never. Understand? NEVER! Jangan sesekali bergurau tentang rogol. TAK LUCU! Langsung tak. Faham? Memang TAK. Tak ada kena mengena dengan nak jadi macho hero. Bodoh adalah. DAYUS."
- Pelakon dan guru lakonan, Fatimah Abu Bakar.
Baca juga Tanpa bumbung tetap ‘steady’, Kancil Lejen disita dan pemilik disaman polis
"Whichever teacher yang ajar kelas budak ni dan buat joke tu I have one thing nak cakap kat teacher tu!"Kau dah kenapa gila. Kau graduate dari jamban mana?" Anyway bawah 18 atau atas 18 ke rape and sexual harassment should not and never should happen to anyone girl ataupun boy! Btw please ban the teacher to ever teach again!"
- Penerbit dan Pengarah, Michael Ang.
"Apa dah jadi dengan anak-anak kita ni? Dididik oleh cikgu sebegini dan minda anak-anak lelaki rasa benda ini kelakar. Bila adik ini report kat cikgu lain, kurang support kat dia. Sedih betul. Harap benda ni dapat diperbetulkan dengan seberapa segera. Sebelum ini kecoh pasal cikgu nak cek betul haid ke tidak? Aduh, makin teruk dah ni."
- Influencer writer, Akhtar Syamir.
Semoga isu ini dapat diselesaikan segera.